Posts

Showing posts from December, 2022

Kegagalan Dan Penipuan Syed Saddiq Sepanjang 2022

Image
2022 melabuhkan tirainya dan rakyat Malaysia disajikan dengan pelbagai gelagat yang 'disumbangkan' oleh ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam tempoh setahun. Daripada kes mahkamah, sehinggalah kes katak politik. Banyak isu membabitkan Syed Saddiq meskipun ahli Parlimen Muar itu baru sahaja setahun jagung dalam arena politik negara. Syed Saddiq begitu lantang di media sosial namun kelantangannya itu sering kali menjadi bahan jenaka rakyat Malaysia. Sebahagian rakyat Malaysia juga merasakan Syed Saddiq sudah lari daripada tujuan asalnya untuk merevolusikan pentadbiran negara selepas menjadi wakil rakyat. Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/913230/bukan-larang-cuma-nasihat-orang-lebih-matang-kepada-syed-saddiq Isu paling besar membabitkan Syed Saddiq pada tahun ini adalah kes empat pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan haramnya. Syed Saddiq membangkitkan dia tidak akan berundur daripada menjadi ahli politik selagi Malay