Posts

Showing posts with the label Syed Saddiq

Syed Saddiq Akan Hilang Kerusi Muar

Image
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini dikatakan boleh mengekalkan kerusi sekiranya berlaku perpecahan undi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) kelak. Namun pandangan itu hanya akan berlaku di dunia dimensi yang berbeza buat masa ini. Meskipun BN dan PH berpecah undi, namun Syed Saddiq sebenarnya dari awal memiliki peluang yang rendah untuk mengekalkan kerusinya. Kalau dilihat secara teliti, banyak faktor yang boleh menyumbang kepada kegagalan Syed Saddiq dalam PRU-16. Syed Saddiq dari awal tidak mendapat sokongan yang padu daripada blok kerajaan selepas mengumumkan mahu menjadi kuasa ketiga. Malahan, ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Muar pada Julai lalu, Syed Saddiq tidak dijemput langsung. Bukankah Syed Saddiq adalah wakil rakyat Muar? Adalah satu kejanggalan apabila wakil rakyat seperti Syed Saddiq tidak dijemput untuk bertemu dengan Perdana Menteri di kawasan Parlimennya sendir...

Mahathir Contoh Tak Elok Untuk Syed Saddiq

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mengatakan ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memilih jalan berbeza daripada apa dia bayangkan sebelum ini. Mahathir berkata Syed Saddiq telah menyimpan daripada laluan yang telah dirancang untuknya. Laluan apakah yang dimaksudkan oleh Mahathir? Laluan untuk mengikut jejak langkahnya mementingkan kroni dalam semua perkara dan mengamalkan kepimpinan bercorak kuku besi? Adakah Syed Saddiq perlu mengikut jejak langkah pemimpin yang korup dan mempunyai banyak sejarah hitam dalam karier politiknya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2025/01/10/syed-saddiq-didnt-follow-path-id-envisioned-for-him-says-dr-m Hanya ada dua perkara yang diikuti oleh Syed Saddiq daripada Mahathir iaitu menyakau duit dan suka memutar belit fakta. Syed Saddiq telah disabitkan dengan empat pertuduhan jenayah yang melibatkan pecah amanah, penyalahgunaan dana dan pengubahan wang haram. Hukuman yang dikenakan oleh Mahkama...

Syed Saddiq ‘Drama Queen’, Populis

Image
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi perhatian sejak memasuki arena politik negara. Sebut sahaja apa yang tidak dilakukan oleh Syed Saddiq untuk menarik perhatian rakyat. Buat video TikTok, melakukan penampilan khas dalam muzik video dan membuat kenyataan berbentuk kontroversi. Apa yang melucukan, rakyat melihat Syed Saddiq sebagai ‘pak lawak’ dan bukannya ahli politik yang serius menjalankan tanggungjawabnya. Sebelum ini, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim pernah menyatakan perwatakan Syed Saddiq bukan seperti yang digambarkan. Sumber: https://twitter.com/Mat_Jaket/status/1673548958457806848 Tunku Ismail pernah menyatakan Syed Saddiq sebagai ‘drama queen’. Kenyataan itu dikeluarkan selepas Syed Saddiq membuat video memohon bantuan orang ramai melunaskan bayaran ikat jamin susulan dakwaan pecah amanah dan rasuah. Tunku Ismail bertitah rakyat menjadi mangsa penipuan Syed Saddiq yang mendakwa tidak mempunyai wang untuk membayar ikat jamin, walhal ...

MUDA Meludah Ke Langit

Image
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menyarankan kerajaan agar mempertimbangkan semula pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Ujar kenyataan MUDA, sistem GST lebih menyeluruh dan telus berbanding SST. Sebelum ini, Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyokong pelaksanaan SST. Sekarang, MUDA mahu kerajaan memperkenalkan semula GST? Ibarat meludah ke langit. Bukankah Syed Saddiq patut menolak pelaksanaan SST ketika menjadi Menteri Belia dan Sukan dahulu? Terbukti, MUDA akhirnya mengakui bahawa GST lebih berkesan dari segi memastikan kestabilan ekonomi negara berbanding SST. Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/gst-masih-belum-dibincangkan-ahmad-maslan-401253 Bayangkan Malaysia kehilangan RM20 bilion hasil tahunan negara apabila GST dimansuhkan. Malahan Bank Dunia juga mengesahkan bahawa GST lebih baik berbanding SST kerana sistem GST memainkan peranan penting dalam meluaskan asas cukai serta menawark...

Kegagalan Dan Penipuan Syed Saddiq Sepanjang 2022

Image
2022 melabuhkan tirainya dan rakyat Malaysia disajikan dengan pelbagai gelagat yang 'disumbangkan' oleh ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam tempoh setahun. Daripada kes mahkamah, sehinggalah kes katak politik. Banyak isu membabitkan Syed Saddiq meskipun ahli Parlimen Muar itu baru sahaja setahun jagung dalam arena politik negara. Syed Saddiq begitu lantang di media sosial namun kelantangannya itu sering kali menjadi bahan jenaka rakyat Malaysia. Sebahagian rakyat Malaysia juga merasakan Syed Saddiq sudah lari daripada tujuan asalnya untuk merevolusikan pentadbiran negara selepas menjadi wakil rakyat. Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/913230/bukan-larang-cuma-nasihat-orang-lebih-matang-kepada-syed-saddiq Isu paling besar membabitkan Syed Saddiq pada tahun ini adalah kes empat pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan haramnya. Syed Saddiq membangkitkan dia tidak akan berundur daripada menjadi ahli politik selagi Malay...

MUDA Dan Gangguan Politik

Image
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dilihat lantang bersuara di media sosial. Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sering kali memuat naik hantaran di media sosialnya mengutuk atau mengecam segelintir pihak tertentu. Ahli-ahlinya seperti calon Parlimen Tanjung Piai PRU-15, Lim Wei Jiet juga tidak kurang 'hebatnya' di media sosial. Kalau dikira usia parti MUDA, baru 2 tahun lebih. Namun pelbagai isu melanda parti berkenaan. Apa yang pelik, krisis dalaman parti pun tidak diselesaikan dengan baik, namun MUDA acapkali membuat gangguan politik. Sumber: https://malaysiagazette.com/2022/08/13/menjelang-dua-tahun-penubuhan-muda/ Wei Jiet mendakwa kerajaan Johor pimpinan Barisan Nasional (BN) sengaja mengumumkan beberapa peruntukan bernilai RM4.6 juta sepanjang tempoh PRU-15 di kerusi Parlimen Tanjung Piai. Dia mendakwa pengumuman itu merupakan gula-gula pilihan raya dibuat oleh BN yang berselindung di sebalik kerajaan negeri Johor. Apabila sesuatu yang baik diumumkan oleh ke...

Syed Saddiq ‘Penjilat’ Tegar DAP

Image
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman seperti semua sedia tahu, begitu mesra dengan DAP. Malahan, Syed Saddiq juga berkali-kali memuja 'kehebatan' pemimpin DAP secara terang-terangan. Persoalannya, tergamak Syed Saddiq menyokong 'barua' yang cuba untuk menjajah Malaysia dengan pelbagai ideologi 'bodoh'? Apa yang DAP buat ketika ini hanya untuk menjatuhkan kerajaan dan mana-mana pihak yang menghalang cita-cita mereka untuk memerintah negara ini. Apakah Syed Saddiq lupa apa yang berlaku di Singapura? Golongan Melayu seperti Syed Saddiq hanya menjadi boneka kerajaan sedangkan segala keputusan dibuat oleh mereka yang lebih berkuasa. Sumber: https://www.facebook.com/727154640759875/posts/halimah-presiden-boneka-pap-singapura-1-akhirnya-penyusunan-perancangan-pap-berj/1042820355859967/ https://limguaneng.com/index.php/2017/09/12/halimah-yacob-has-succeeded-for-singapore-where-even-the-united-states-failed-in-electing-the-first-woman-presidentec/ Cukup-cu...

MUDA Tunjuk Bukti Jelas Parti Itu Bersifat Hipokrit

Image
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) seperti semua sedia maklum merupakan 'parti komponen' di bawah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. MUDA mendukung aspirasi pergerakan Mahathir dalam merevolusikan sistem pentadbiran negara yang mahu dibentuk oleh beliau selain cuba menambat hati pengundi belia melalui penubuhan parti ini. Kita boleh lihat para pemimpin MUDA seperti Syed Saddiq dan Amira Aisya begitu lantang mengkritik kerajaan ketika ini tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan yang menjatuhkan Mahathir. Jelas sekali, MUDA hanya bergerak sebagai penyokong buat Mahathir dalam 'merampas' kembali kuasa pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/parti-muda-ujikaji-politik-atau-klon-pkr-20-346614 Namun, baru-baru ini, satu perkara aneh berlaku dalam senario politik negara, apabila parti MUDA menyertai Program Kepimpinan Razak. Ironinya, program itu merupakan cetusan idea Tan Sri Mohamed Naz...

PEJUANG Dan MUDA Terdesak Mendepani PRU-15?

Image
Sejak akhir-akhir, banyak kenyataan dikeluarkan oleh parti Pejuang untuk membentuk kerjasama dengan parti lain serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Menurut Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad, langkah itu dibuat bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) yang meraih kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini. Pejuang bagaimanapun gagal meraih sebarang dalam 42 kerusi yang dipertandingkan pada PRN Johor selain kehilangan wang deposit. Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/politik/2022/06/962530/pru15-pejuang-jangka-bentuk-gabungan-besar-dengan-ngo-profesional Mahathir sedar bahawa beliau sudah tidak mendapat sokongan daripada rakyat, malahan juga blok pembangkang. Selepas Mahathir keluar daripada Pakatan Harapan (PH), beliau terus menerus menyerang para pemimpin pembangkang lain seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Tindakan Mahathir itu hanya merendahkan lagi peratusan sokongan kepada be...