Posts

Showing posts with the label Zahid Hamidi

Ahmad Zahid Tidak Peduli Nasib BN

Image
Kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri baru-baru ini telah mencetuskan gesaan dalam kalangan ahli politik parti berkenaan serta orang ramai agar Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatannya dengan kadar segera. BN mencatat prestasi terburuk dalam sejarah selepas hanya menang 19 daripada 108 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi. BN bagaimanapun gagal memenangi sebarang kerusi di Terengganu dan Kedah. Parti itu juga kehilangan 10 kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) menyebabkan Perikatan Nasional (PN) menyapu bersih 32 kerusi DUN di Terengganu. Keputusan itu membuktikan Ahmad Zahid gagal memimpin BN dan tiada kemampuan untuk meraih sokongan pengundi selagi dia masih memegang jawatan itu. Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2023/08/ahmad-zahid-digesa-letak-jawatan-pengerusi-bn/ Sejak PRU-15, Ahmad Zahid ditolak oleh rakyat kerana memiliki kes mahkamah yang masih belum selesa...

Ahmad Zahid Tebal Muka, Enggan Lepas Jawatan

Image
Kebanyakan rakyat masih tidak faham bagaimana Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tebal muka mahu memimpin parti itu meskipun terpalit dengan pelbagai kontroversi. Bagaimana seseorang yang berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi boleh menjadi Presiden parti? Disebabkan Ahmad Zahid, UMNO digelar sebagai parti yang cuba 'menyelamatkan' beliau ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tahun lalu. Atas faktor itu, UMNO tidak lagi menerima sokongan daripada rakyat dan sebaliknya pengundi memilih parti lain sebagai pilihan. Ahmad Zahid seolah-olah tidak mahu ambil peduli bahawa beliaulah yang bertanggungjawab kepada penurunan sokongan orang ramai terhadap UMNO ketika PRU. Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/914952/zahid-hamidi-diarah-bela-diri-47-tuduhan-rasuah-dan-jenayah Baru-baru ini, Ahmad Zahid memohon M...