Posts

Showing posts with the label PRU15

Mahathir Patut Angkat Kaki Dari Politik

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini berkongsi tentang rahsia umurnya panjang sehingga mencecah 99 tahun. Baguslah amalkan bermacam-macam petua sehingga boleh capai usia hampir seabad. Tapi tak bagusnya 'usia dalam politik' turut sama berpanjangan. Sepatutnya dah boleh mengangkat kaki dan bersara tapi tetap mahu sibuk tentang hal negara. Sampaikan semua langkah yang dibuat oleh kerajaan, semuanya salah. Salah satu kegagalan Mahathir adalah tewas di Parlimen Langkawi dan hilang wang deposit dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 2022. Kerusi tersebut dimenangi calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Suhaimi Abdullah yang memperoleh 25,463 undi manakala Mahathir pula hanya meraih 4,566 undi. Kegagalan mempertahankan kerusi itu membuktikan Mahathir tidak lagi relevan di mata pengundi khususnya dalam kalangan penduduk Langkawi. Ketika dalam pasca PRU-14, penurunan sokongan dan populariti Mahathir dipercayai berpunca daripada prestasi Kabinet kerajaannya. Pr...

PAS ‘Kaki Fitnah’ Politik

Image
Mahkamah Rayuan pada 6 September mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakarian untuk membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 kepada Lim Guan Eng berhubung hantaran Facebook yang didakwa memfitnah pemimpin DAP itu. Itu bukan kali pertama PAS diarahkan membayar ganti rugi berhubung kenyataan mereka terhadap musuh politik. Sejak 2016 hingga 2022, PAS membayar lebih RM2 juta kerana kalah kes saman fitnah di mahkamah. Angka itu melibatkan 10 kes saman fitnah. Nampaknya PAS dan fitnah berpisah tiada. Berani menggelarkan diri sebagai pejuang Islam, tapi kenyataan fitnah 'berbakul-bakul' dikeluarkan oleh parti berkenaan. PAS kerap kali menekankan ideologi parti mereka sebagai organisasi yang memperjuangkan Islam, namun terlibat dalam kes saman fitnah. Tidak pelik apabila parti itu kurang menerima sokongan rakyat kerana ideologi PAS yang berbolak-balik. Adakah prinsip moral dan etika yang dilontarkan oleh PAS hanya retorik kosong semata-m...

Ahmad Zahid Tidak Peduli Nasib BN

Image
Kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri baru-baru ini telah mencetuskan gesaan dalam kalangan ahli politik parti berkenaan serta orang ramai agar Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatannya dengan kadar segera. BN mencatat prestasi terburuk dalam sejarah selepas hanya menang 19 daripada 108 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi. BN bagaimanapun gagal memenangi sebarang kerusi di Terengganu dan Kedah. Parti itu juga kehilangan 10 kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) menyebabkan Perikatan Nasional (PN) menyapu bersih 32 kerusi DUN di Terengganu. Keputusan itu membuktikan Ahmad Zahid gagal memimpin BN dan tiada kemampuan untuk meraih sokongan pengundi selagi dia masih memegang jawatan itu. Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2023/08/ahmad-zahid-digesa-letak-jawatan-pengerusi-bn/ Sejak PRU-15, Ahmad Zahid ditolak oleh rakyat kerana memiliki kes mahkamah yang masih belum selesa...

Ahmad Zahid Tebal Muka, Enggan Lepas Jawatan

Image
Kebanyakan rakyat masih tidak faham bagaimana Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tebal muka mahu memimpin parti itu meskipun terpalit dengan pelbagai kontroversi. Bagaimana seseorang yang berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi boleh menjadi Presiden parti? Disebabkan Ahmad Zahid, UMNO digelar sebagai parti yang cuba 'menyelamatkan' beliau ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tahun lalu. Atas faktor itu, UMNO tidak lagi menerima sokongan daripada rakyat dan sebaliknya pengundi memilih parti lain sebagai pilihan. Ahmad Zahid seolah-olah tidak mahu ambil peduli bahawa beliaulah yang bertanggungjawab kepada penurunan sokongan orang ramai terhadap UMNO ketika PRU. Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/914952/zahid-hamidi-diarah-bela-diri-47-tuduhan-rasuah-dan-jenayah Baru-baru ini, Ahmad Zahid memohon M...

Kegagalan Dan Penipuan Syed Saddiq Sepanjang 2022

Image
2022 melabuhkan tirainya dan rakyat Malaysia disajikan dengan pelbagai gelagat yang 'disumbangkan' oleh ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam tempoh setahun. Daripada kes mahkamah, sehinggalah kes katak politik. Banyak isu membabitkan Syed Saddiq meskipun ahli Parlimen Muar itu baru sahaja setahun jagung dalam arena politik negara. Syed Saddiq begitu lantang di media sosial namun kelantangannya itu sering kali menjadi bahan jenaka rakyat Malaysia. Sebahagian rakyat Malaysia juga merasakan Syed Saddiq sudah lari daripada tujuan asalnya untuk merevolusikan pentadbiran negara selepas menjadi wakil rakyat. Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/913230/bukan-larang-cuma-nasihat-orang-lebih-matang-kepada-syed-saddiq Isu paling besar membabitkan Syed Saddiq pada tahun ini adalah kes empat pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan haramnya. Syed Saddiq membangkitkan dia tidak akan berundur daripada menjadi ahli politik selagi Malay...

MUDA Dan Gangguan Politik

Image
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dilihat lantang bersuara di media sosial. Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sering kali memuat naik hantaran di media sosialnya mengutuk atau mengecam segelintir pihak tertentu. Ahli-ahlinya seperti calon Parlimen Tanjung Piai PRU-15, Lim Wei Jiet juga tidak kurang 'hebatnya' di media sosial. Kalau dikira usia parti MUDA, baru 2 tahun lebih. Namun pelbagai isu melanda parti berkenaan. Apa yang pelik, krisis dalaman parti pun tidak diselesaikan dengan baik, namun MUDA acapkali membuat gangguan politik. Sumber: https://malaysiagazette.com/2022/08/13/menjelang-dua-tahun-penubuhan-muda/ Wei Jiet mendakwa kerajaan Johor pimpinan Barisan Nasional (BN) sengaja mengumumkan beberapa peruntukan bernilai RM4.6 juta sepanjang tempoh PRU-15 di kerusi Parlimen Tanjung Piai. Dia mendakwa pengumuman itu merupakan gula-gula pilihan raya dibuat oleh BN yang berselindung di sebalik kerajaan negeri Johor. Apabila sesuatu yang baik diumumkan oleh ke...

PEJUANG Dan MUDA Terdesak Mendepani PRU-15?

Image
Sejak akhir-akhir, banyak kenyataan dikeluarkan oleh parti Pejuang untuk membentuk kerjasama dengan parti lain serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Menurut Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad, langkah itu dibuat bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) yang meraih kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini. Pejuang bagaimanapun gagal meraih sebarang dalam 42 kerusi yang dipertandingkan pada PRN Johor selain kehilangan wang deposit. Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/politik/2022/06/962530/pru15-pejuang-jangka-bentuk-gabungan-besar-dengan-ngo-profesional Mahathir sedar bahawa beliau sudah tidak mendapat sokongan daripada rakyat, malahan juga blok pembangkang. Selepas Mahathir keluar daripada Pakatan Harapan (PH), beliau terus menerus menyerang para pemimpin pembangkang lain seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Tindakan Mahathir itu hanya merendahkan lagi peratusan sokongan kepada be...