Posts

Showing posts with the label bekas Perdana Menteri

Hanya Anak-Anak Mahathir Berstatus Hartawan

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mencabar sesiapa sahaja untuk memberi bukti bahawa dia dan keluarganya membolot kekayaan di negara ini. Mahathir mendakwa, sangat mudah membuat tuduhan namun jika tidak disertakan bukti, dakwaan itu bersifat fitnah. Mahathir turut mendakwa orang Melayu kian miskin selepas dia meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Sekiranya Mahathir memerlukan bukti, begitu banyak bukti yang terpampang di Internet. Cuma sama ada Mahathir mahu mengakuinya atau tidak sahaja sekarang ini. Pada 1990-an, Asiaweek menilai pegangan Mirzan dalam syarikat awam sahaja melebihi AS$880 juta. Mirzan membeli Perbadanan Nasional Shipping Line (PNSL) Berhad daripada sebuah agensi milik kerajaan iaitu Perbadanan Nasional (PERNAS) dengan harga RM248 juta pada 1992. Mirzan membeli PNSL menerusi syarikat miliknya iaitu Konsortium Perkapalan Bhd (KPB). Namun, Mirzan terperangkap dalam krisis ekonomi Asia dan dia terpaksa menanggung kerugian kira-...

Mahathir Menggagalkan Orang Melayu

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sering memainkan naratif dia adalah pejuang Melayu yang 'terunggul' di negara ini. Dia mendakwa Melayu ditindas dan pelbagai lagi dakwaan dikeluarkan untuk menunjukkan dirinya benar-benar memperjuangkan kaum berkenaan. Persoalannya, kenapa sekarang? Mengapa ketika menjadi Perdana Menteri dahulu, Mahathir tidak pernah bersungguh-sungguh memperjuangkan Melayu? Mahathir tinggalkan pemerintahan negara dengan hidup mewah dan anak-anaknya bertaraf hartawan semuanya. Ketika Mahathir dan anak-anaknya sedang menikmati kekayaan dengan menaiki pelbagai kereta mewah, masih ada yang terpaksa mengharungi liku-liku sukar pergi ke sekolah. Ada kanak-kanak yang terpaksa menaiki sampan dan meredah titian usang semata-mata untuk menuntut ilmu di sekolah. Namun anak-anak Mahathir sejak kecil dilimpahi kemewahan dan tidak pernah merasai kesusahan kerana bapa mereka adalah seorang Perdana Menteri selama dua dekad. Malah, kesemua kekayaan mereka dibantu ...

Mahathir Dalang Krisis Perlembagaan

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mencetuskan krisis Perlembagaan pada era 1980-an. Gara-gara tidak berpuas hati dengan mahkamah, Mahathir menggunakan segala taktik licik untuk merombak sistem perundangan negara pada masa itu. Bukan itu sahaja, hakim-hakim juga dipecat dan diganti kerana tidak bersekutu dengan Mahathir. Disebabkan itu, ramai yang hidup pada zaman itu mengenali Mahathir sebagai pemimpin kuku besi. Apa yang dia mahu, semuanya dia dapat tapi menggunakan kuasa diktatornya sebagai Perdana Menteri. Sumber: https://www.nst.com.my/opinion/columnists/2021/01/658124/when-tun-salleh-abas-was-removed-lord-president Antara peristiwa yang menjadi titik tolak kepada dakwaan bahawa Mahathir mencampuri urusan badan kehakiman adalah sewaktu dia menyingkirkan hakim Tun Salleh Abbas pada 1988. Pertikaian atau konflik dalaman dalam UMNO ketika itu menyebabkan kuasa Mahathir sebagai Perdana Menteri tergugat disebabkan mahkamah mengatakan pemilihan parti itu pada 1987 ad...