Posts

Showing posts with the label Kedah

Jangan Tipu Lagi, Mahathir!

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mengeluarkan dakwaan bahawa dia tidak terbabit langsung dalam isu kekayaan anak-anaknya. Dia pernah mendakwa anak-anaknya berdikari mengumpul kekayaan mereka sendiri. Mahathir turut mendakwa kekayaan anak-anaknya adalah hasil perniagaan mereka di luar negara. Hanya selepas Mahathir meletakkan jawatan, anak-anaknya mengembangkan perniagaan di dalam negara. Menarik bukan naratif Mahathir tentang kekayaan anak-anaknya? Namun semua itu hanya pembohongan Mahathir. Pada 1994, kerajaan Sarawak telah memberi kebenaran kepada sebuah syarikat iaitu Tanjung Tiara Sdn Bhd untuk menebang lebih 1,000 hektar balak di negeri berkenaan. Apa istimewanya syarikat terbabit sehingga mendapat projek sebesar itu? Pengerusi dan pemegang saham syarikat tersebut adalah anak Mahathir iaitu Mukhriz. Pada tahun tersebut, satu hektar tanah hutan yang ditebang untuk pembalakan bernilai lebih RM1 juta. Maka, pulangan bernilai RM1 bilion diperoleh oleh syari...

Mahathir Patut Angkat Kaki Dari Politik

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini berkongsi tentang rahsia umurnya panjang sehingga mencecah 99 tahun. Baguslah amalkan bermacam-macam petua sehingga boleh capai usia hampir seabad. Tapi tak bagusnya 'usia dalam politik' turut sama berpanjangan. Sepatutnya dah boleh mengangkat kaki dan bersara tapi tetap mahu sibuk tentang hal negara. Sampaikan semua langkah yang dibuat oleh kerajaan, semuanya salah. Salah satu kegagalan Mahathir adalah tewas di Parlimen Langkawi dan hilang wang deposit dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 2022. Kerusi tersebut dimenangi calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Suhaimi Abdullah yang memperoleh 25,463 undi manakala Mahathir pula hanya meraih 4,566 undi. Kegagalan mempertahankan kerusi itu membuktikan Mahathir tidak lagi relevan di mata pengundi khususnya dalam kalangan penduduk Langkawi. Ketika dalam pasca PRU-14, penurunan sokongan dan populariti Mahathir dipercayai berpunca daripada prestasi Kabinet kerajaannya. Pr...

Kelicikan Mahathir Kayakan Anak-Anak

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak pernah memberikan kontrak kerajaan kepada keluarganya sepanjang memerintah negara ini. Tapi kita faham Mahathir sudah makin tua dan mungkin nyanyuk hingga lupa ingatan tentang perilakunya suatu masa dahulu. Bagaimana anak-anaknya mampu mengaut keuntungan atau kekayaan berbilion ringgit dalam tempoh 2-3 dekad sahaja? Mustahil kesemua anak-anaknya mampu menjadi kaya sebegitu rupa hasil titik peluh sendiri. Malah, tidak mungkin anak-anaknya memiliki beratus syarikat luar dan dalam negara serta memegang pelbagai jawatan penting di Malaysia tanpa bantuan Mahathir. Tak apalah, Mahathir mungkin nyanyuk dan perlu diingatkan kembali perbuatannya sebelum ini. Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2023/07/kayakan-anak-dan-kroni-mana-bukti-tun-m/ Mahathir tentu ingat sewaktu menjadi PM7 pada 2018, dia melantik anaknya, Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah. Betapa hebatnya Mahathir. Portfolio Mukhriz ...

Muhammad Sanusi Elok Berhenti Jadi MB

Image
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor sering menjadi bahan tawa warganet di media sosial. Telatah dan kata-katanya yang mencuit hati sering kali 'menghiburkan' warganet. Muhammad Sanusi sepatutnya masuk pertandingan seperti Raja Lawak untuk kembangkan bakat komedinya. Jadi menteri pun tidak guna, lebih banyak kegagalan yang dibuat daripada kejayaan. Bukan satu, tapi sudah banyak kegagalan yang dicatatkan sepanjang menjadi Menteri Besar Kedah. Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/586246 https://www.sinarharian.com.my/article/154295/BERITA/Politik/Saya-hanya-bergurau-dengan-wartawan-MB-Kedah Ramai sudah tahu perangai Muhammad Sanusi yang buruk sangka terutamanya ketika gerakan bendera putih dijalankan untuk bantu rakyat yang tersepit akibat Covid-19. Tergamak Muhammad Sanusi melabelkan gerakan itu sebagai gerakan berunsur politik, di kala rakyat semakin memerlukan bantuan untuk meneruskan kelangsungan hidup. Adakah...

Mukhriz Hanya Duduk ‘Di Bawah Ketiak’ Mahathir Selama Ini

Image
Presiden parti Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir disifatkan tidak memiliki aura seperti bapanya iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Banyak pihak membayangkan Mukhriz bukan individu sesuai untuk menerajui parti tersebut atas dasar beliau hanyalah seorang anak Mahathir. Malahan, Mukhriz tidak terbukti kredibilitinya memegang jawatan terpenting dalam kerajaan. Mukhriz hanya dapat memimpin Kedah hasil 'bantuan' daripada Mahathir dan bukannya memegang jawatan tersebut berdasarkan keupayaannya. Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/pengguguran-mukhriz-disebabkan-gagal-tadbir-negeri-rahman-dahlan-148629 Mukhriz pada April lalu membangkitkan isu pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP). Beliau mendakwa pemaju iaitu Kumpulan ECK belum membuat sebarang pembayaran berhubung projek tersebut, yang dibangunkan bersama dengan kerajaan Kedah. Beliau turut mendakwa pemaju berkenaan untung atas angin. Pendedahan itu tentunya memberi kesan buruk kepada reputasi Menteri Besar...

KEKAYAAN TIDAK TERHINGGA KELUARGA MAHATHIR: MOKHZANI, MIRZAN, MUKHRIZ DAN MARINA MILIKI 591 SYARIKAT DI MALAYSIA BERNILAI USD 60 BILLION ( RM 250 BILLION)

Image
Mahathir sering menafikan bahawa beliau tidak pernah berniat ingin mencipta legasi dalam politik tempatan. Beliau beberapa kali menyentuh tentang kekayaan anak beliau adalah hasil kerja keras dan bukannya kerana kaitan nama keluarga beliau. Tetapi realitinya agak sukar untuk kita melupakan jumlah kekayaan terkumpul milik Mirzan, Mokhzani dan Marina yang melebihi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) beberapa buah negara membangun lain. Sebagai contoh, pada 1994, Kerajaan Negeri Sarawak telah memberi kebenaran untuk menebang lebih 1,000 hektar balak kepada syarikat TANJUNG TIARA SDN BHD. Mukhriz Mahathir bukan sahaja pemegang saham tetapi adalah Pengerusi kepada syarikat ini. Maklumat lanjut di – https://www.sarawakreport.org/2019/08/j-c-fong-claims-sarawak-report-shielded-mukriz-mahathir-in-astonishing-slur-against-pms-family-exclusive/ https://www.malaysiakini.com/news/488229 Apa yang dilakukan oleh TANJUNG TIARA atau MUKHRIZ MAHATHIR hingga mendapat rezeki jatuh dari langit sebegitu r...