Posts

Showing posts with the label SPRM

Di Sebalik Skandal Jana Wibawa Muhyiddin

Image
Kisah gelap bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mulai terbongkar apabila pendedahan di sebalik program Jana Wibawa ketika era Covid-19 membawa kepada kes mahkamah. Program yang pada awalnya diperkenalkan sebagai inisiatif rangsangan ekonomi susulan pandemik Covid-19, akhirnya menjadi salah satu skandal kewangan terbesar negara. Inisiatif tersebut pada mulanya bertujuan meningkatkan kapasiti kontraktor Melayu-Bumiputera dalam industri pembinaan agar lebih berdaya saing selepas pandemik. Terdapat 56 projek di bawah program Jana Wibawa yang bernilai kira-kira RM6.3 bilion. Namun, semuanya terbongkar menerusi penahanan seorang individu.  SUMBER: https://www.sprm.gov.my/index.php?id=21&page_id=103&contentid=2800&cat=TOC   Individu itu yang dikenali sebagai Adam Radlan, dikatakan menjadi orang tengah dalam pengagihan projek kerajaan PN bawah Pakej Rangsangan Ekonomi. Adam bersama-sama beberapa individu lain menjadi dalang kepada beberapa syari...

Naimah Cuba Main Naratif Konspirasi

Image
Isteri kepada Allahyarham Tun Daim, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid baru-baru ini merancang untuk memfailkan permohonan mendapatkan perintah 'gag order' (larangan bersuara) terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Permohonan itu dibuat agar Anwar dilarang daripada membuat kenyataan lanjut mengenai keluarga beliau atau kes berkaitan. Mahkamah Sesyen telah menolak permohonan lisan Naimah dan mengarahkannya untuk memfailkan permohonan rasmi jika mahu meneruskan usaha itu. Namun, bukankah Naimah sendiri muncul dalam sebuah podcast pada November 2025? Ironinya, Naimah yang bercerita panjang lebar tentang hubungan antara arwah suaminya dan Anwar, dakwaan fitnah dan tuduhan semuanya adalah kerana konspirasi politik. Kalau benar semuanya gara-gara konspirasi politik, mengapa Naimah terpalit dengan pelbagai kes di mahkamah? Antara kesnya adalah dia culas membayar cukai pendapatan berjumlah RM313.82 juta. Dia mendakwa cukai Taksiran Tambahan bagi Tahun Taksiran 201...

Latheefa 'Double Standard' Soal Pelantikan Hakim

Image
Penasihat Lawyers for Liberty (LFL), Latheefa Koya seolah-olah cuba mencampuri proses pelantikan Ketua Hakim Negara. Dia mempersoalkan peranan Perdana Menteri dalam pelantikan portfotlio penting badan kehakiman berkenaan. Latheefa turut menggesa Perlembagaan Persekutuan digubal. Mengapa sekarang ini, Latheefa bersuara tentang soal pelantikan Ketua Hakim Negara? Mengapa tidak bersuara ketika sejak dulu lagi berkaitan perkara itu? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2025/07/14/peguam-selar-latheefa-berkait-ulasan-pelantikan-kehakiman Sewaktu Latheefa menjadi Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada 2019 hingga 2020, mengapa tidak mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung pelantikan Ketua Hakim Negara? Dulu Tun Dr Mahathir Mohamad lantik Ketua Hakim Negara sebelum ini tidak ikut prosedur betul. Pelantikan itu bukan ikut cadangan penuh Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (JAC). Tiada yang bersuara, termasuk Latheefa. Kalau betul nak ...

Wajah Peguam ‘Orang Suruhan’ Daim

Image
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin seperti diketahui umum berdepan pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah. Daim didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan. Daim sehingga kini masih dibicarakan dan ramai tidak tahu siapa peguam di belakangnya. Daim memiliki hubungan kuat dengan beberapa peguam yang pernah menyertai politik dan kini terbabit di belakang tabir untuk membelanya di mahkamah. Antara peguam yang mempunyai kaitan dengan kes Daim adalah N. Surendran. Surendran merupakan bekas Ahli Parlimen Padang Serai ketika Pilihan Raya Umum ke-13. Dia kemudiannya meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas mendakwa kecewa dengan parti berkenaan. Selai...

Daim & Kroni Penyebab Negara Tidak Maju

Image
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin diketahui umum terpalit dengan dakwaan gagal mengisytiharkan hartanya. Daim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah. Mac lalu, Hakim Mahkamah Tinggi menolak permohonan Daim dan keluarganya untuk semakan kehakiman selepas memutuskan bahawa mereka gagal membuktikan terdapat unsur mala fide (niat jahat) terhadap pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjalankan siasatan. Daim turut gagal rayuannya untuk mendapatkan kebenaran meneruskan semakan kehakiman bagi mencabar siasatan SPRM berhubung hal ehwal kewangan mereka. Pendek kata, Daim semakin hampir berdepan dengan hukuman kerana tindakannya menyakau duit rakyat selama ini. SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/cabar-siasatan-sprm-mahkamah-rayuan-tolak-permohonan-daim-keluarga-4...

Mahathir, Daim Petualang Jual Kedaulatan Negara

Image
Kerajaan memberi penegasan bahawa tiada siapa yang boleh terlepas daripada memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kes Pulau Batu Puteh. Nampaknya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh lari ke mana-mana. Dia perlu jawab semua persoalan tentang keputusannya untuk tidak meneruskan permohonan semakan semula Pulau Batu Puteh ketika menjadi Perdana Menteri ketujuh. Selama ini, dia berdolak-dalik dan menyalahkan pihak lain tentang perkara berkenaan. Malah, dia sempat menyerang Yang di-Pertuan Agong (YDPA) kerana melantik Tun Md Raus Sharif sebagai pengerusi RCI berkenaan, atas alasan konflik berkepentingan. SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/697508 Kalau bercakap soal konflik berkepentingan, Mahathir dan sahabatnya, Tun Daim Zainuddin paling banyak melakukan perkara itu. Mahathir lupa siapakah yang melantik Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika menjadi PM7? Mahathir lupa siapakah yang melantik anaknya sendiri, Datuk...