Posts

Showing posts with the label MUDA

Syed Saddiq Akan Hilang Kerusi Muar

Image
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini dikatakan boleh mengekalkan kerusi sekiranya berlaku perpecahan undi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) kelak. Namun pandangan itu hanya akan berlaku di dunia dimensi yang berbeza buat masa ini. Meskipun BN dan PH berpecah undi, namun Syed Saddiq sebenarnya dari awal memiliki peluang yang rendah untuk mengekalkan kerusinya. Kalau dilihat secara teliti, banyak faktor yang boleh menyumbang kepada kegagalan Syed Saddiq dalam PRU-16. Syed Saddiq dari awal tidak mendapat sokongan yang padu daripada blok kerajaan selepas mengumumkan mahu menjadi kuasa ketiga. Malahan, ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Muar pada Julai lalu, Syed Saddiq tidak dijemput langsung. Bukankah Syed Saddiq adalah wakil rakyat Muar? Adalah satu kejanggalan apabila wakil rakyat seperti Syed Saddiq tidak dijemput untuk bertemu dengan Perdana Menteri di kawasan Parlimennya sendir...

Syed Saddiq ‘Drama Queen’, Populis

Image
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menjadi perhatian sejak memasuki arena politik negara. Sebut sahaja apa yang tidak dilakukan oleh Syed Saddiq untuk menarik perhatian rakyat. Buat video TikTok, melakukan penampilan khas dalam muzik video dan membuat kenyataan berbentuk kontroversi. Apa yang melucukan, rakyat melihat Syed Saddiq sebagai ‘pak lawak’ dan bukannya ahli politik yang serius menjalankan tanggungjawabnya. Sebelum ini, Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim pernah menyatakan perwatakan Syed Saddiq bukan seperti yang digambarkan. Sumber: https://twitter.com/Mat_Jaket/status/1673548958457806848 Tunku Ismail pernah menyatakan Syed Saddiq sebagai ‘drama queen’. Kenyataan itu dikeluarkan selepas Syed Saddiq membuat video memohon bantuan orang ramai melunaskan bayaran ikat jamin susulan dakwaan pecah amanah dan rasuah. Tunku Ismail bertitah rakyat menjadi mangsa penipuan Syed Saddiq yang mendakwa tidak mempunyai wang untuk membayar ikat jamin, walhal ...

MUDA Meludah Ke Langit

Image
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menyarankan kerajaan agar mempertimbangkan semula pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Ujar kenyataan MUDA, sistem GST lebih menyeluruh dan telus berbanding SST. Sebelum ini, Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyokong pelaksanaan SST. Sekarang, MUDA mahu kerajaan memperkenalkan semula GST? Ibarat meludah ke langit. Bukankah Syed Saddiq patut menolak pelaksanaan SST ketika menjadi Menteri Belia dan Sukan dahulu? Terbukti, MUDA akhirnya mengakui bahawa GST lebih berkesan dari segi memastikan kestabilan ekonomi negara berbanding SST. Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/gst-masih-belum-dibincangkan-ahmad-maslan-401253 Bayangkan Malaysia kehilangan RM20 bilion hasil tahunan negara apabila GST dimansuhkan. Malahan Bank Dunia juga mengesahkan bahawa GST lebih baik berbanding SST kerana sistem GST memainkan peranan penting dalam meluaskan asas cukai serta menawark...

Kegagalan Dan Penipuan Syed Saddiq Sepanjang 2022

Image
2022 melabuhkan tirainya dan rakyat Malaysia disajikan dengan pelbagai gelagat yang 'disumbangkan' oleh ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam tempoh setahun. Daripada kes mahkamah, sehinggalah kes katak politik. Banyak isu membabitkan Syed Saddiq meskipun ahli Parlimen Muar itu baru sahaja setahun jagung dalam arena politik negara. Syed Saddiq begitu lantang di media sosial namun kelantangannya itu sering kali menjadi bahan jenaka rakyat Malaysia. Sebahagian rakyat Malaysia juga merasakan Syed Saddiq sudah lari daripada tujuan asalnya untuk merevolusikan pentadbiran negara selepas menjadi wakil rakyat. Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/913230/bukan-larang-cuma-nasihat-orang-lebih-matang-kepada-syed-saddiq Isu paling besar membabitkan Syed Saddiq pada tahun ini adalah kes empat pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan haramnya. Syed Saddiq membangkitkan dia tidak akan berundur daripada menjadi ahli politik selagi Malay...

MUDA Dan Gangguan Politik

Image
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dilihat lantang bersuara di media sosial. Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sering kali memuat naik hantaran di media sosialnya mengutuk atau mengecam segelintir pihak tertentu. Ahli-ahlinya seperti calon Parlimen Tanjung Piai PRU-15, Lim Wei Jiet juga tidak kurang 'hebatnya' di media sosial. Kalau dikira usia parti MUDA, baru 2 tahun lebih. Namun pelbagai isu melanda parti berkenaan. Apa yang pelik, krisis dalaman parti pun tidak diselesaikan dengan baik, namun MUDA acapkali membuat gangguan politik. Sumber: https://malaysiagazette.com/2022/08/13/menjelang-dua-tahun-penubuhan-muda/ Wei Jiet mendakwa kerajaan Johor pimpinan Barisan Nasional (BN) sengaja mengumumkan beberapa peruntukan bernilai RM4.6 juta sepanjang tempoh PRU-15 di kerusi Parlimen Tanjung Piai. Dia mendakwa pengumuman itu merupakan gula-gula pilihan raya dibuat oleh BN yang berselindung di sebalik kerajaan negeri Johor. Apabila sesuatu yang baik diumumkan oleh ke...

MUDA Tunjuk Bukti Jelas Parti Itu Bersifat Hipokrit

Image
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) seperti semua sedia maklum merupakan 'parti komponen' di bawah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. MUDA mendukung aspirasi pergerakan Mahathir dalam merevolusikan sistem pentadbiran negara yang mahu dibentuk oleh beliau selain cuba menambat hati pengundi belia melalui penubuhan parti ini. Kita boleh lihat para pemimpin MUDA seperti Syed Saddiq dan Amira Aisya begitu lantang mengkritik kerajaan ketika ini tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan yang menjatuhkan Mahathir. Jelas sekali, MUDA hanya bergerak sebagai penyokong buat Mahathir dalam 'merampas' kembali kuasa pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/parti-muda-ujikaji-politik-atau-klon-pkr-20-346614 Namun, baru-baru ini, satu perkara aneh berlaku dalam senario politik negara, apabila parti MUDA menyertai Program Kepimpinan Razak. Ironinya, program itu merupakan cetusan idea Tan Sri Mohamed Naz...

PEJUANG Dan MUDA Terdesak Mendepani PRU-15?

Image
Sejak akhir-akhir, banyak kenyataan dikeluarkan oleh parti Pejuang untuk membentuk kerjasama dengan parti lain serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Menurut Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad, langkah itu dibuat bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) yang meraih kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini. Pejuang bagaimanapun gagal meraih sebarang dalam 42 kerusi yang dipertandingkan pada PRN Johor selain kehilangan wang deposit. Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/politik/2022/06/962530/pru15-pejuang-jangka-bentuk-gabungan-besar-dengan-ngo-profesional Mahathir sedar bahawa beliau sudah tidak mendapat sokongan daripada rakyat, malahan juga blok pembangkang. Selepas Mahathir keluar daripada Pakatan Harapan (PH), beliau terus menerus menyerang para pemimpin pembangkang lain seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Tindakan Mahathir itu hanya merendahkan lagi peratusan sokongan kepada be...

Syed Saddiq Hanya Tin Kosong

Image
Baru-baru ini, Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengeluarkan kenyataan di media sosial tentang pekerja berhak membawa kes ke Jabatan Tenaga Kerja sekiranya majikan memotong manfaat pekerja. Syed Saddiq turut berkata, gaji minimum sebanyak RM1,500 dalam sektor awam masih belum dipatuhi sehingga kini. Ketika Syed Saddiq menjadi Menteri Belia dan Sukan sewaktu zaman Pakatan Harapan (PH), mengapa membisu ketika kerajaan pada masa itu hanya menaikkan gaji minima sebanyak RM200 sahaja? Bukankah Syed Saddiq sepatutnya lebih bersungguh-sungguh mendesak kerajaan PH menaikkan gaji minima sehingga RM1500 sewaktu menjadi menteri dahulu? Bukankah itu janji dalam manifesto PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)? Alih-alih, hanya RM200 sahaja kenaikan gaji minima. Kalau betul mahu berlagak seperti hero rakyat, kenapa sekarang mahu 'memekak' di media sosial? Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/649598/perintah-gaji-minimum-berkua...

Syed Saddiq Sudah Khayal Ke?!

Image
Syed Saddiq sekali menunjukkan kenapa dia tidak layak menjadi wakil rakyat. Dari menipu rakyat hinggalah ke tahap kencing orang yang memberi kepercayaan terhadapnya. Pada 24 Mac lalu, penyanyi nasyid dan komposer, Muhammad Yasin Sulaiman didakwa di mahkamah atas dua pertuduhan kes dadah, iaitu menanam 17 pokok disyaki ganja dan mengedar dadah jenis sama. Ini merupakan kesalahan yang boleh membawa hukuman gantung sampai mati! Apabila Yasin di bawa ke Mahkamah Majistret tempoh hari, dia hanya menyatakan sepatah kata kepada para wartawan yang hadir – “Kirim salam kepada YB Syed Saddiq”. Maka tercetusnya pelbagai spekulasi mengenai kenyataan Muhammad Yasin yang seumpamanya menghubungkaitkan dirinya dengan Syed Saddiq. Paparan media sosial Syed Saddiq yang meminta maaf kepada Muhammad Yasin kerana “terlepas pandang” ini merupakan langkah yang menunjukkan kesombongannya. Rupa-rupanya Syed Saddiq tak tahu pun saranan Muhammad Yasin kepadanya untuk mempercepatkan kelulusan penggunaan ganja unt...

MUDA and Syed Saddiq's Hypocrisy

Image
The Johor state elections are running up to be one of the most exciting sideshows in politics in recent decades, as we see the culmination of a years-long rivalry between Bersatu and PPBM come to ahead in 3 way battles for control of the state. The drama doesn’t quite end there as we continue to see PH struggle with its ideas of a principled coalition – as DAP and PKR/PAN argue over the viability of incorporating the newest kid on the block: MUDA. Not to be left out, MUDA and Syed Saddiq rallied their large online support bases to entertain the idea that they would be collaborating with Pakatan in their election debut. Yet their jump from party to the field has been wrought with controversy – especially in the on-going discussion for seat allocations with PKR. This led to handwringing from Saddiq particularly, who said that he could not stomach working with frogs – but where was this nobility back in Pakatan? Unless he wants us to forget that he was part of Bersatu? The original home f...

PARTI KATAK MUDA

Image
Parti baharu Syed Saddiq, MUDA ketika ini sedang giat dalam kempen politik mereka di Johor, di samping memulakan langkah pertama mereka sebagai sebuah parti politik Malaysia. Walaupun mereka sering mengatakan bahawa MUDA akan membawa nafas baru dalam arena politik Malaysia, terbukti ini semuanya hanyalah penipuan semata-mata. Dalam pelancaran parti tersebut, MUDA juga telah mengumumkan barisan kepimpinan mereka, yang malangnya turut termasuk Nurainie Haziqah – seorang katak politik muda yang memang terkenal dengan pelbagai lompatan beliau. Amat ironi apabila MUDA sendiri yang menarik daripada bertanding dalam Pilihanraya Negeri Melaka atas alasan tidak mahu bekerjasama dengan katak-katak politik, tetapi sanggup menerima kehadiran Nurainie Haziqah dalam parti mereka – bahkan juga memberi beliau sebuah jawatan dalam barisan kepimpinan! Malah, MUDA juga sempat menarik anak kroni hartanah kaya untuk bertanding di PRN Johor nanti. Inikah parti yang ingin memperjuangkan nasib rakyat marhaen...