Posts

Showing posts with the label Mokhzani Mahathir

Hanya Anak-Anak Mahathir Berstatus Hartawan

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebelum ini mencabar sesiapa sahaja untuk memberi bukti bahawa dia dan keluarganya membolot kekayaan di negara ini. Mahathir mendakwa, sangat mudah membuat tuduhan namun jika tidak disertakan bukti, dakwaan itu bersifat fitnah. Mahathir turut mendakwa orang Melayu kian miskin selepas dia meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri. Sekiranya Mahathir memerlukan bukti, begitu banyak bukti yang terpampang di Internet. Cuma sama ada Mahathir mahu mengakuinya atau tidak sahaja sekarang ini. Pada 1990-an, Asiaweek menilai pegangan Mirzan dalam syarikat awam sahaja melebihi AS$880 juta. Mirzan membeli Perbadanan Nasional Shipping Line (PNSL) Berhad daripada sebuah agensi milik kerajaan iaitu Perbadanan Nasional (PERNAS) dengan harga RM248 juta pada 1992. Mirzan membeli PNSL menerusi syarikat miliknya iaitu Konsortium Perkapalan Bhd (KPB). Namun, Mirzan terperangkap dalam krisis ekonomi Asia dan dia terpaksa menanggung kerugian kira-...

Kelicikan Mahathir Kayakan Anak-Anak

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak pernah memberikan kontrak kerajaan kepada keluarganya sepanjang memerintah negara ini. Tapi kita faham Mahathir sudah makin tua dan mungkin nyanyuk hingga lupa ingatan tentang perilakunya suatu masa dahulu. Bagaimana anak-anaknya mampu mengaut keuntungan atau kekayaan berbilion ringgit dalam tempoh 2-3 dekad sahaja? Mustahil kesemua anak-anaknya mampu menjadi kaya sebegitu rupa hasil titik peluh sendiri. Malah, tidak mungkin anak-anaknya memiliki beratus syarikat luar dan dalam negara serta memegang pelbagai jawatan penting di Malaysia tanpa bantuan Mahathir. Tak apalah, Mahathir mungkin nyanyuk dan perlu diingatkan kembali perbuatannya sebelum ini. Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2023/07/kayakan-anak-dan-kroni-mana-bukti-tun-m/ Mahathir tentu ingat sewaktu menjadi PM7 pada 2018, dia melantik anaknya, Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah. Betapa hebatnya Mahathir. Portfolio Mukhriz ...

KEKAYAAN TIDAK TERHINGGA KELUARGA MAHATHIR: MOKHZANI, MIRZAN, MUKHRIZ DAN MARINA MILIKI 591 SYARIKAT DI MALAYSIA BERNILAI USD 60 BILLION ( RM 250 BILLION)

Image
Mahathir sering menafikan bahawa beliau tidak pernah berniat ingin mencipta legasi dalam politik tempatan. Beliau beberapa kali menyentuh tentang kekayaan anak beliau adalah hasil kerja keras dan bukannya kerana kaitan nama keluarga beliau. Tetapi realitinya agak sukar untuk kita melupakan jumlah kekayaan terkumpul milik Mirzan, Mokhzani dan Marina yang melebihi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) beberapa buah negara membangun lain. Sebagai contoh, pada 1994, Kerajaan Negeri Sarawak telah memberi kebenaran untuk menebang lebih 1,000 hektar balak kepada syarikat TANJUNG TIARA SDN BHD. Mukhriz Mahathir bukan sahaja pemegang saham tetapi adalah Pengerusi kepada syarikat ini. Maklumat lanjut di – https://www.sarawakreport.org/2019/08/j-c-fong-claims-sarawak-report-shielded-mukriz-mahathir-in-astonishing-slur-against-pms-family-exclusive/ https://www.malaysiakini.com/news/488229 Apa yang dilakukan oleh TANJUNG TIARA atau MUKHRIZ MAHATHIR hingga mendapat rezeki jatuh dari langit sebegitu r...