Posts

Showing posts with the label kroni

Mahathir Contoh Tak Elok Untuk Syed Saddiq

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini mengatakan ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memilih jalan berbeza daripada apa dia bayangkan sebelum ini. Mahathir berkata Syed Saddiq telah menyimpan daripada laluan yang telah dirancang untuknya. Laluan apakah yang dimaksudkan oleh Mahathir? Laluan untuk mengikut jejak langkahnya mementingkan kroni dalam semua perkara dan mengamalkan kepimpinan bercorak kuku besi? Adakah Syed Saddiq perlu mengikut jejak langkah pemimpin yang korup dan mempunyai banyak sejarah hitam dalam karier politiknya? SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2025/01/10/syed-saddiq-didnt-follow-path-id-envisioned-for-him-says-dr-m Hanya ada dua perkara yang diikuti oleh Syed Saddiq daripada Mahathir iaitu menyakau duit dan suka memutar belit fakta. Syed Saddiq telah disabitkan dengan empat pertuduhan jenayah yang melibatkan pecah amanah, penyalahgunaan dana dan pengubahan wang haram. Hukuman yang dikenakan oleh Mahkama...

Daim & Kroni Penyebab Negara Tidak Maju

Image
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin diketahui umum terpalit dengan dakwaan gagal mengisytiharkan hartanya. Daim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah. Mac lalu, Hakim Mahkamah Tinggi menolak permohonan Daim dan keluarganya untuk semakan kehakiman selepas memutuskan bahawa mereka gagal membuktikan terdapat unsur mala fide (niat jahat) terhadap pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjalankan siasatan. Daim turut gagal rayuannya untuk mendapatkan kebenaran meneruskan semakan kehakiman bagi mencabar siasatan SPRM berhubung hal ehwal kewangan mereka. Pendek kata, Daim semakin hampir berdepan dengan hukuman kerana tindakannya menyakau duit rakyat selama ini. SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/cabar-siasatan-sprm-mahkamah-rayuan-tolak-permohonan-daim-keluarga-4...