Kegagalan Dan Penipuan Syed Saddiq Sepanjang 2022

2022 melabuhkan tirainya dan rakyat Malaysia disajikan dengan pelbagai gelagat yang 'disumbangkan' oleh ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dalam tempoh setahun.

Daripada kes mahkamah, sehinggalah kes katak politik.

Banyak isu membabitkan Syed Saddiq meskipun ahli Parlimen Muar itu baru sahaja setahun jagung dalam arena politik negara.

Syed Saddiq begitu lantang di media sosial namun kelantangannya itu sering kali menjadi bahan jenaka rakyat Malaysia.

Sebahagian rakyat Malaysia juga merasakan Syed Saddiq sudah lari daripada tujuan asalnya untuk merevolusikan pentadbiran negara selepas menjadi wakil rakyat.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/913230/bukan-larang-cuma-nasihat-orang-lebih-matang-kepada-syed-saddiq

Isu paling besar membabitkan Syed Saddiq pada tahun ini adalah kes empat pertuduhan salah guna kuasa, pecah amanah dan pengubahan haramnya.

Syed Saddiq membangkitkan dia tidak akan berundur daripada menjadi ahli politik selagi Malaysia belum bersih daripada politik wang.

Macai Syed Saddiq mungkin bersorak mendengar komitmen Syed Saddiq namun semua sedia maklum, dia sendiri adalah kluster mahkamah.

Syed Saddiq sendiri terbabit dalam politik wang. Bagaimana dia hendak menentang politik wang, jika dia sendiri terpalit dengan skandal politik wang?

Buktikan diri sendiri tidak bersalah terlebih dahulu, Syed Saddiq. Baru boleh sembang tentang menangani politik wang.

Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/07/972942/syed-saddiq-arah-keluarkan-rm1-juta

Syed Saddiq pernah muncul sebagai penampilan khas atau 'cameo' dalam video klip penyanyi rap, Namewee bertajuk 'Katak'.

Apa sebenarnya cuba Syed Saddiq buktikan melalui penampilan khasnya itu? Nak membuktikan dia bukanlah 'katak politik' seperti dikatakan kebanyakan pihak?

Tidak, malahan sebaliknya, cemuhan diberikan kepada Syed Saddiq.

Seorang aktivis politik, Ng Yap Hwa mengatakan Syed Saddiq sebelum ini juga pernah mengalu-alukan kehadiran 'katak politik' dalam Bersatu serta MUDA.

Syed Saddiq sebelum ini pernah mempelawa Khairy Jamaluddin untuk menyertai Bersatu pada 2019 secara terbuka.

Dia tanpa segan silu mengajak KJ bersama-sama menggerakkan Malaysia maju ke hadapan menerusi ciapan Twitternya.

Selain itu, adakah Syed Saddiq lupa bahawa dia antara 'manusia paling gembira' apabila Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Mas Ermieyati Samsuddin menyertai Bersatu?

Sumber: https://m.malaysiakini.com/news/632200

Pada Mac lalu, Syed Saddiq mencetuskan kontroversi apabila dikatakan cuba memecahbelah nelayan Melayu dan Cina.

Syed Saddiq pada awalnya tampil membuat video di media sosial, meminta Kerajaan Negeri Johor mengadakan sesi dialog secara menyeluruh dengan nelayan, peniaga-peniaga kecil dan Ahli Parlimen di Parit Jawa berhubung Projek Maharani Energy Gateway (MEG).

Namun, Syed Saddiq sebenarnya tidak berjumpa langsung dengan persatuan nelayan tapi hanya berjumpa dengan segelintir penduduk sahaja.

Penduduk meluahkan rasa tidak puas hati kerana Syed Saddiq sepatutnya berjumpa dengan persatuan nelayan, bukan dengan penduduk Cina saja dan menyifatkan perbuatan Ahli Parlimen Muar itu hanya mencari publisiti.

Tambah penduduk lagi, Syed Saddiq tidak pernah berjumpa dengan persatuan nelayan sejak menjadi Ahli Parlimen Muar.

Sumber: https://soscili.my/seorang-nelayan-mendedahkan-apa-syed-saddiq-buat-dalam-isu-tambak-laut-muar/

Syed Saddiq sering kali lantang bersuara tentang isu gaji minima perlu dinaikkan kepada RM1,500.

Kelakarnya, kelantangan Syed Saddiq itu tidak disusuli dengan tindakannya sendiri.

April lalu, Syed Saddiq menyiarkan iklan mencari pekerja pelatih dengan menawarkan gaji sebanyak RM900 hingga RM1,200.

Bukankah Syed Saddiq berjuang habis-habisan untuk kerajaan menaikkan gaji minima sehingga RM1,500?

Mengapa melakukan tindakan yang sebaliknya? Kalau melihat kepada poster iklan berkenaan, jawatan yang ditawarkan tidak sewajarnya diberikan gaji yang sekecil itu.

Sepatutnya Syed Saddiq lebih arif tentang harga pasaran gaji melibatkan jawatan-jawatan yang diiklankan.

Apakah Syed Saddiq mahu mengambil kesempatan dengan menawarkan gaji serendah itu semata-mata pekerja yang dicari berstatus pekerja pelatih?

Mereka juga mempunyai komitmen seperti kos pengangkutan ke tempat kerja dan sebagainya.

Janganlah sekadar menyalak di media sosial namun bertindak sebaliknya, Syed Saddiq.

Sumber: https://twitter.com/syedsaddiq/status/1559733452525539328?lang=en

Selepas setahun menghiburkan rakyat Malaysia, pastinya ramai tidak sabar menanti apakah gelagat yang bakal dibawa oleh Syed Saddiq pada 2023.

2023 merupakan tahun paling penting untuk Syed Saddiq bagi mengetahui sama ada dia didapati bersalah atau tidak.

Kalau didapati bersalah, silalah berundur daripada arena politik.

Lepaskan apa jua jawatan dalam politik dan sebenarnya, tiada bezanya sama ada Syed Saddiq berada dalam politik atau tidak.

Tiada sumbangan besar yang diberikan oleh Syed Saddiq sepanjang berkhidmat menjadi wakil rakyat.

Sebaliknya lebih banyak menonjolkan diri sebagai seorang yang hipokrit di hadapan rakyat.

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Dalang Krisis Perlembagaan

Daim & Kroni Penyebab Negara Tidak Maju

Mahathir Lebih Zalim