Jangan Lupa Projek Kontrak Balak Mahathir
Sewaktu Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri keempat, ada satu projek di luar Semenanjung Malaysia yang masih diperkatakan dan sehingga kini memberi kesan kepada penduduk di negeri itu. Jangan kita lupa tentang projek kontrak balak di Sarawak pada awal 1990-an. Projek itu berkait rapat dengan amalan kronisme yang berleluasa berlaku pada era pemerintahan Mahathir. Individu dan nilai wang yang terlibat bukannya biasa-biasa. Sehinggakan Mahathir menggunakan wang pembayar cukai untuk menyelamatkan projek kroninya sendiri. SUMBER: https://www.sarawakreport.org/2019/08/j-c-fong-claims-sarawak-report-shielded-mukriz-mahathir-in-astonishing-slur-against-pms-family-exclusive/ Pada 21 Januari 1994, sepucuk surat permohonan dihantar kepada kerajaan negeri Sarawak. Sarawak ketika itu diterajui oleh Ketua Menteri, Taib Mahmud iaitu salah seorang yang rapat dengan Mahathir. Surat itu memohon kelulusan membalak dan membersihkan tanah seluas kira-kira 1,000 hektar di Lot 63, di...