Posts

Showing posts with the label Tun Daim Zainuddin

Naimah Cuba Main Naratif Konspirasi

Image
Isteri kepada Allahyarham Tun Daim, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid baru-baru ini merancang untuk memfailkan permohonan mendapatkan perintah 'gag order' (larangan bersuara) terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Permohonan itu dibuat agar Anwar dilarang daripada membuat kenyataan lanjut mengenai keluarga beliau atau kes berkaitan. Mahkamah Sesyen telah menolak permohonan lisan Naimah dan mengarahkannya untuk memfailkan permohonan rasmi jika mahu meneruskan usaha itu. Namun, bukankah Naimah sendiri muncul dalam sebuah podcast pada November 2025? Ironinya, Naimah yang bercerita panjang lebar tentang hubungan antara arwah suaminya dan Anwar, dakwaan fitnah dan tuduhan semuanya adalah kerana konspirasi politik. Kalau benar semuanya gara-gara konspirasi politik, mengapa Naimah terpalit dengan pelbagai kes di mahkamah? Antara kesnya adalah dia culas membayar cukai pendapatan berjumlah RM313.82 juta. Dia mendakwa cukai Taksiran Tambahan bagi Tahun Taksiran 201...

Wajah Peguam ‘Orang Suruhan’ Daim

Image
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin seperti diketahui umum berdepan pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah. Daim didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan. Daim sehingga kini masih dibicarakan dan ramai tidak tahu siapa peguam di belakangnya. Daim memiliki hubungan kuat dengan beberapa peguam yang pernah menyertai politik dan kini terbabit di belakang tabir untuk membelanya di mahkamah. Antara peguam yang mempunyai kaitan dengan kes Daim adalah N. Surendran. Surendran merupakan bekas Ahli Parlimen Padang Serai ketika Pilihan Raya Umum ke-13. Dia kemudiannya meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas mendakwa kecewa dengan parti berkenaan. Selai...

Daim & Kroni Penyebab Negara Tidak Maju

Image
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin diketahui umum terpalit dengan dakwaan gagal mengisytiharkan hartanya. Daim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah. Mac lalu, Hakim Mahkamah Tinggi menolak permohonan Daim dan keluarganya untuk semakan kehakiman selepas memutuskan bahawa mereka gagal membuktikan terdapat unsur mala fide (niat jahat) terhadap pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjalankan siasatan. Daim turut gagal rayuannya untuk mendapatkan kebenaran meneruskan semakan kehakiman bagi mencabar siasatan SPRM berhubung hal ehwal kewangan mereka. Pendek kata, Daim semakin hampir berdepan dengan hukuman kerana tindakannya menyakau duit rakyat selama ini. SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/cabar-siasatan-sprm-mahkamah-rayuan-tolak-permohonan-daim-keluarga-4...

Mahathir, Daim Petualang Jual Kedaulatan Negara

Image
Kerajaan memberi penegasan bahawa tiada siapa yang boleh terlepas daripada memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kes Pulau Batu Puteh. Nampaknya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh lari ke mana-mana. Dia perlu jawab semua persoalan tentang keputusannya untuk tidak meneruskan permohonan semakan semula Pulau Batu Puteh ketika menjadi Perdana Menteri ketujuh. Selama ini, dia berdolak-dalik dan menyalahkan pihak lain tentang perkara berkenaan. Malah, dia sempat menyerang Yang di-Pertuan Agong (YDPA) kerana melantik Tun Md Raus Sharif sebagai pengerusi RCI berkenaan, atas alasan konflik berkepentingan. SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/697508 Kalau bercakap soal konflik berkepentingan, Mahathir dan sahabatnya, Tun Daim Zainuddin paling banyak melakukan perkara itu. Mahathir lupa siapakah yang melantik Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika menjadi PM7? Mahathir lupa siapakah yang melantik anaknya sendiri, Datuk...

KEKAYAAN TIDAK TERHINGGA KELUARGA MAHATHIR: MOKHZANI, MIRZAN, MUKHRIZ DAN MARINA MILIKI 591 SYARIKAT DI MALAYSIA BERNILAI USD 60 BILLION ( RM 250 BILLION)

Image
Mahathir sering menafikan bahawa beliau tidak pernah berniat ingin mencipta legasi dalam politik tempatan. Beliau beberapa kali menyentuh tentang kekayaan anak beliau adalah hasil kerja keras dan bukannya kerana kaitan nama keluarga beliau. Tetapi realitinya agak sukar untuk kita melupakan jumlah kekayaan terkumpul milik Mirzan, Mokhzani dan Marina yang melebihi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) beberapa buah negara membangun lain. Sebagai contoh, pada 1994, Kerajaan Negeri Sarawak telah memberi kebenaran untuk menebang lebih 1,000 hektar balak kepada syarikat TANJUNG TIARA SDN BHD. Mukhriz Mahathir bukan sahaja pemegang saham tetapi adalah Pengerusi kepada syarikat ini. Maklumat lanjut di – https://www.sarawakreport.org/2019/08/j-c-fong-claims-sarawak-report-shielded-mukriz-mahathir-in-astonishing-slur-against-pms-family-exclusive/ https://www.malaysiakini.com/news/488229 Apa yang dilakukan oleh TANJUNG TIARA atau MUKHRIZ MAHATHIR hingga mendapat rezeki jatuh dari langit sebegitu r...