Posts

Showing posts with the label Youth Power Club

Syed Saddiq Hanya Tin Kosong

Image
Baru-baru ini, Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengeluarkan kenyataan di media sosial tentang pekerja berhak membawa kes ke Jabatan Tenaga Kerja sekiranya majikan memotong manfaat pekerja. Syed Saddiq turut berkata, gaji minimum sebanyak RM1,500 dalam sektor awam masih belum dipatuhi sehingga kini. Ketika Syed Saddiq menjadi Menteri Belia dan Sukan sewaktu zaman Pakatan Harapan (PH), mengapa membisu ketika kerajaan pada masa itu hanya menaikkan gaji minima sebanyak RM200 sahaja? Bukankah Syed Saddiq sepatutnya lebih bersungguh-sungguh mendesak kerajaan PH menaikkan gaji minima sehingga RM1500 sewaktu menjadi menteri dahulu? Bukankah itu janji dalam manifesto PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)? Alih-alih, hanya RM200 sahaja kenaikan gaji minima. Kalau betul mahu berlagak seperti hero rakyat, kenapa sekarang mahu 'memekak' di media sosial? Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/649598/perintah-gaji-minimum-berkua...