Posts

Showing posts with the label institusi diraja

Papagomo Kalah Saman Fitnah Lagi!

Image
Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo sekali lagi diarahkan membayar ganti rugi untuk kes saman fitnah. Kali ini kes saman fitnah membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan anak lelakinya. Papagomo diarahkan membayar ganti rugi sebanyak RM280,000. Itulah padahnya apabila sering mereka-reka cerita dan menabur fitnah kepada semua orang. Ini bukan kali pertama Papagomo diarahkan membayar denda kerana kes seumpamanya. SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/05/1560802/papagomo-diarah-bayar-ganti-rugi-rm280000-kepada-guan-eng-anak?source=widget Pada 29 April 2024, Papagomo ditahan polis dan didakwa di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 kerana membuat hantaran berbentuk hasutan berkaitan isu pemilik KK Supermart & Superstore Sdn Bhd yang menjual stokin tertera kalimah ‘Allah’ mengadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di laman X miliknya. Kenyataan itu dikesan dalam satu hantaran video berdurasi dua minit 4...

Mahathir Musuh Kestabilan Negara

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini melontarkan kenyataan kontroversi yang bersifat dangkal. Dia mahu memansuhkan hukuman terhadap individu yang menyentuh isu 3R (kaum, agama dan institusi diraja) sekiranya kembali memegang jawatan Perdana Menteri. Mahathir mendakwa langkah itu merupakan perkara pertama yang akan dilaksanakannya sekiranya diberi peluang untuk memimpin negara sekali lagi. Dia mendakwa suara-suara yang mengkritik pentadbirannya tidak sepatutnya disenyapkan. Namun Mahathir sendiri sebenarnya memang tidak suka dengan institusi diraja dan sering mengeluarkan kenyataan yang bersifat perkauman. SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/743643 Mahathir sendiri yang menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu pada zaman pemerintahannya. Mahathir pernah meminda Perlembagaan supaya undang-undang boleh digubal tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong. Selain itu, kuasa mengisytihar darurat juga dipindahkan daripada YDPA kepada Perdana Menteri. Dia juga pernah mela...

Pemuda PAS 'Terpaling' Perjuang Islam, Sebar Hasutan

Image
PAS makin berani melawan institusi diraja dan menyebarkan hasutan kepada orang ramai untuk membenci institusi diraja. Baru-baru ini, pengarah media Pemuda PAS Selangor, Hezry Yasin menghasut orang ramai untuk membenci Yang di-Pertuan Agong. Dia mengajak orang ramai agar tidak mendoakan kesejahteraan Yang di-Pertuan Agong ketika solat Jumaat. Hezry mendakwa doanya hanyalah untuk pemimpin yang meletakkan agama di kedudukan nombor satu. Maknanya, Hezry melontarkan tuduhan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak bertindak tegas ketika agama Islam di negara ini terancam. Hezry sebagai anggota PAS hanya tahu menunggang agama untuk kepentingan politik peribadinya. Dalam Islam sendiri ada mengatakan bahawa perlu taat kepada para pemimpin. Hanya kerana berada dalam PAS, tidak bermakna Hezry boleh melemparkan tuduhan bahawa orang lain tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam. Apakah ini pewaris anak muda parti yang kononnnya memperjuangkan Islam? Sampai institusi diraja juga dibuat bahan tohmaha...

Hal Tepi Kain Annuar Zaini

Image
Ahli Dewan Negara Perak, Tan Sri Mohd Annuar Zaini sepatutnya tidak mencampuri sebarang urusan melibatkan parti politik di negara ini dan lebih bersikap neutral. Tahun lalu, beliau mendakwa parti Bersatu Perak berebut jawatan Menteri Besar dengan PAS serta mahu keluar daripada Perikatan Nasional (PN). Seharusnya, Annuar Zaini menyemak segala fakta atau kesahihan sebelum mengeluarkan dakwaan itu. Adalah penting untuk memeriksa kebenaran maklumat sebelum menyebarkannya kepada orang lain, terutama apabila berita tersebut mempunyai implikasi yang besar. Sekiranya tidak pasti tentang kebenaran sesuatu maklumat, lebih baik untuk tidak menyebarkannya. Annuar patut lebih faham dan ambil maklum tentang tindakannya itu. Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1030104/annuar-zaini-minta-maaf-kepada-setiausaha-bersatu-perak Annuar tidak pernah menyumbang apa-apa untuk pembangunan Perak, malah ada sahaja laporan berita yang menunjukkan Annuar sering menjadi penggerak politik Per...

Annuar Zaini Sudah Tidak Relevan, Patut Bersara

Image
Annuar Zaini tidak asing dengan kontroversi, memandangkan Sultan Kelantan pernah menarik balik darjah kebesaran pada tahun 2019 tanpa memberi sebab. Kita hanya boleh meneka perbuatannya yang menyebabkan tindakan sebegitu. Biasanya darjah kebesaran ditarik balik disebabkan perbuatan salah atau jenayah yang menjejaskan reputasi institusi diraja. Disini dia telah dikaitkan dengan peristiwa peletakan jawatan Yang Di-Pertuan Agong Ke-15, Sultan Muhammad V. Apakah ini manipulasi yang membawa kesan yang negatif terhadap negara dan membuka ruang untuk masalah kestabilan politik negara? Sumber: https://bebasnews.my/2019/03/03/sultan-kelantan-lucut-pingat-annuar-zaini-adakah-beliau-perancang-utama/ https://www.sinarharian.com.my/article/16066/EDISI/Kelantan/Istana-Kelantan-tarik-balik-Darjah-Kebesaran-Mohd-Annuar-Zaini Memandangkan Annuar Zaini merupakan seorang Ahli Dewan Negara Negeri Perak, dia sepatutnya faham akan peranan institusi diraja dan kepentingan untuk menjaga namanya supaya tidak...