Posts

Showing posts with the label fitnah

Papagomo Kalah Saman Fitnah Lagi!

Image
Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo sekali lagi diarahkan membayar ganti rugi untuk kes saman fitnah. Kali ini kes saman fitnah membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan anak lelakinya. Papagomo diarahkan membayar ganti rugi sebanyak RM280,000. Itulah padahnya apabila sering mereka-reka cerita dan menabur fitnah kepada semua orang. Ini bukan kali pertama Papagomo diarahkan membayar denda kerana kes seumpamanya. SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/05/1560802/papagomo-diarah-bayar-ganti-rugi-rm280000-kepada-guan-eng-anak?source=widget Pada 29 April 2024, Papagomo ditahan polis dan didakwa di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 kerana membuat hantaran berbentuk hasutan berkaitan isu pemilik KK Supermart & Superstore Sdn Bhd yang menjual stokin tertera kalimah ‘Allah’ mengadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di laman X miliknya. Kenyataan itu dikesan dalam satu hantaran video berdurasi dua minit 4...

Pengaruh Buruk Annuar Zaini Dalam Politik

Image
Ahli Dewan Negara Perak, Tan Sri Mohd Annuar Zaini kurang dikenali orang ramai melainkan mereka yang benar-benar terlibat dalam kancah politik sahaja mengetahui beliau. Untuk pengetahuan semua, beliau juga berperanan sebagai penasihat Sultan Perak selain memegang jawatan lain di negeri itu. Namun, Annuar sebenarnya menggunakan kuasanya lebih daripada sepatutnya. Berketrampilan seperti seorang individu yang kelihatan baik, Annuar bijak menyembunyikan 'perangai' sebenarnya. Hanya mereka yang tahu sahaja betapa 'durjananya' Annuar dalam sistem politik tempatan. Annuar pernah terlibat dalam konspirasi menyingkirkan Menteri Besar Perak pada 2009 iaitu Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin. Sepatutnya pihak Istana tidak boleh mencampuri sebarang urusan melibatkan hal ehwal Dewan Undangan Negeri (DUN). Bukan itu sahaja, Annuar juga dikatakan menjadi 'tangan ghaib' yang menyebabkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertuan Agong. Tiada d...