Posts

Showing posts with the label PRU14

Mahathir Patut Angkat Kaki Dari Politik

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini berkongsi tentang rahsia umurnya panjang sehingga mencecah 99 tahun. Baguslah amalkan bermacam-macam petua sehingga boleh capai usia hampir seabad. Tapi tak bagusnya 'usia dalam politik' turut sama berpanjangan. Sepatutnya dah boleh mengangkat kaki dan bersara tapi tetap mahu sibuk tentang hal negara. Sampaikan semua langkah yang dibuat oleh kerajaan, semuanya salah. Salah satu kegagalan Mahathir adalah tewas di Parlimen Langkawi dan hilang wang deposit dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) pada 2022. Kerusi tersebut dimenangi calon Perikatan Nasional (PN), Mohd Suhaimi Abdullah yang memperoleh 25,463 undi manakala Mahathir pula hanya meraih 4,566 undi. Kegagalan mempertahankan kerusi itu membuktikan Mahathir tidak lagi relevan di mata pengundi khususnya dalam kalangan penduduk Langkawi. Ketika dalam pasca PRU-14, penurunan sokongan dan populariti Mahathir dipercayai berpunca daripada prestasi Kabinet kerajaannya. Pr...

Syed Saddiq Hanya Tin Kosong

Image
Baru-baru ini, Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengeluarkan kenyataan di media sosial tentang pekerja berhak membawa kes ke Jabatan Tenaga Kerja sekiranya majikan memotong manfaat pekerja. Syed Saddiq turut berkata, gaji minimum sebanyak RM1,500 dalam sektor awam masih belum dipatuhi sehingga kini. Ketika Syed Saddiq menjadi Menteri Belia dan Sukan sewaktu zaman Pakatan Harapan (PH), mengapa membisu ketika kerajaan pada masa itu hanya menaikkan gaji minima sebanyak RM200 sahaja? Bukankah Syed Saddiq sepatutnya lebih bersungguh-sungguh mendesak kerajaan PH menaikkan gaji minima sehingga RM1500 sewaktu menjadi menteri dahulu? Bukankah itu janji dalam manifesto PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)? Alih-alih, hanya RM200 sahaja kenaikan gaji minima. Kalau betul mahu berlagak seperti hero rakyat, kenapa sekarang mahu 'memekak' di media sosial? Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/649598/perintah-gaji-minimum-berkua...