Posts

Showing posts with the label Pakatan Harapan

Syed Saddiq Akan Hilang Kerusi Muar

Image
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman baru-baru ini dikatakan boleh mengekalkan kerusi sekiranya berlaku perpecahan undi antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU-16) kelak. Namun pandangan itu hanya akan berlaku di dunia dimensi yang berbeza buat masa ini. Meskipun BN dan PH berpecah undi, namun Syed Saddiq sebenarnya dari awal memiliki peluang yang rendah untuk mengekalkan kerusinya. Kalau dilihat secara teliti, banyak faktor yang boleh menyumbang kepada kegagalan Syed Saddiq dalam PRU-16. Syed Saddiq dari awal tidak mendapat sokongan yang padu daripada blok kerajaan selepas mengumumkan mahu menjadi kuasa ketiga. Malahan, ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke Muar pada Julai lalu, Syed Saddiq tidak dijemput langsung. Bukankah Syed Saddiq adalah wakil rakyat Muar? Adalah satu kejanggalan apabila wakil rakyat seperti Syed Saddiq tidak dijemput untuk bertemu dengan Perdana Menteri di kawasan Parlimennya sendir...

PAS ‘Kaki Fitnah’ Politik

Image
Mahkamah Rayuan pada 6 September mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakarian untuk membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 kepada Lim Guan Eng berhubung hantaran Facebook yang didakwa memfitnah pemimpin DAP itu. Itu bukan kali pertama PAS diarahkan membayar ganti rugi berhubung kenyataan mereka terhadap musuh politik. Sejak 2016 hingga 2022, PAS membayar lebih RM2 juta kerana kalah kes saman fitnah di mahkamah. Angka itu melibatkan 10 kes saman fitnah. Nampaknya PAS dan fitnah berpisah tiada. Berani menggelarkan diri sebagai pejuang Islam, tapi kenyataan fitnah 'berbakul-bakul' dikeluarkan oleh parti berkenaan. PAS kerap kali menekankan ideologi parti mereka sebagai organisasi yang memperjuangkan Islam, namun terlibat dalam kes saman fitnah. Tidak pelik apabila parti itu kurang menerima sokongan rakyat kerana ideologi PAS yang berbolak-balik. Adakah prinsip moral dan etika yang dilontarkan oleh PAS hanya retorik kosong semata-m...

MUDA Meludah Ke Langit

Image
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) menyarankan kerajaan agar mempertimbangkan semula pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) bagi menggantikan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST). Ujar kenyataan MUDA, sistem GST lebih menyeluruh dan telus berbanding SST. Sebelum ini, Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyokong pelaksanaan SST. Sekarang, MUDA mahu kerajaan memperkenalkan semula GST? Ibarat meludah ke langit. Bukankah Syed Saddiq patut menolak pelaksanaan SST ketika menjadi Menteri Belia dan Sukan dahulu? Terbukti, MUDA akhirnya mengakui bahawa GST lebih berkesan dari segi memastikan kestabilan ekonomi negara berbanding SST. Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/gst-masih-belum-dibincangkan-ahmad-maslan-401253 Bayangkan Malaysia kehilangan RM20 bilion hasil tahunan negara apabila GST dimansuhkan. Malahan Bank Dunia juga mengesahkan bahawa GST lebih baik berbanding SST kerana sistem GST memainkan peranan penting dalam meluaskan asas cukai serta menawark...

MUDA Dan Gangguan Politik

Image
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dilihat lantang bersuara di media sosial. Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sering kali memuat naik hantaran di media sosialnya mengutuk atau mengecam segelintir pihak tertentu. Ahli-ahlinya seperti calon Parlimen Tanjung Piai PRU-15, Lim Wei Jiet juga tidak kurang 'hebatnya' di media sosial. Kalau dikira usia parti MUDA, baru 2 tahun lebih. Namun pelbagai isu melanda parti berkenaan. Apa yang pelik, krisis dalaman parti pun tidak diselesaikan dengan baik, namun MUDA acapkali membuat gangguan politik. Sumber: https://malaysiagazette.com/2022/08/13/menjelang-dua-tahun-penubuhan-muda/ Wei Jiet mendakwa kerajaan Johor pimpinan Barisan Nasional (BN) sengaja mengumumkan beberapa peruntukan bernilai RM4.6 juta sepanjang tempoh PRU-15 di kerusi Parlimen Tanjung Piai. Dia mendakwa pengumuman itu merupakan gula-gula pilihan raya dibuat oleh BN yang berselindung di sebalik kerajaan negeri Johor. Apabila sesuatu yang baik diumumkan oleh ke...

Syed Saddiq ‘Penjilat’ Tegar DAP

Image
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman seperti semua sedia tahu, begitu mesra dengan DAP. Malahan, Syed Saddiq juga berkali-kali memuja 'kehebatan' pemimpin DAP secara terang-terangan. Persoalannya, tergamak Syed Saddiq menyokong 'barua' yang cuba untuk menjajah Malaysia dengan pelbagai ideologi 'bodoh'? Apa yang DAP buat ketika ini hanya untuk menjatuhkan kerajaan dan mana-mana pihak yang menghalang cita-cita mereka untuk memerintah negara ini. Apakah Syed Saddiq lupa apa yang berlaku di Singapura? Golongan Melayu seperti Syed Saddiq hanya menjadi boneka kerajaan sedangkan segala keputusan dibuat oleh mereka yang lebih berkuasa. Sumber: https://www.facebook.com/727154640759875/posts/halimah-presiden-boneka-pap-singapura-1-akhirnya-penyusunan-perancangan-pap-berj/1042820355859967/ https://limguaneng.com/index.php/2017/09/12/halimah-yacob-has-succeeded-for-singapore-where-even-the-united-states-failed-in-electing-the-first-woman-presidentec/ Cukup-cu...

PH Dalang Penculikan Warga Palestin

Image
Pakatan Harapan (PH) didakwa bersekongkol dengan ejen perisikan rejim Zionis, Mossad untuk menculik seorang warga Palestin bulan lalu. Rejim Zionis dilaporkan merekrut seorang tentera upahan tempatan yang juga merupakan seorang penyokong PH untuk menculik warga Palestin di Kuala Lumpur bulan lalu. Warga Palestin berkenaan merupakan pembangun program komputer yang bekerja dengan kumpulan pejuang Hamas. Minggu lalu, 11 orang didakwa menculik warga Palestin tersebut dan berdepan dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup. Sumber: https://www.astroawani.com/video-malaysia/ejen-perisikan-mossad-rekrut-warga-malaysia-1992528 https://www.nst.com.my/news/crime-courts/2022/10/841460/mossad-used-locals-kidnap-palestinian Antara yang didakwa adalah pasangan suami isteri iaitu Raibafie Amdan and Nidarahayu Zainal. Berdasarkan perkongsian warganet dan bukti di media sosial, Nidarahayu dan Raibafie merupakan seorang penyokong kuat PKR dan PH. Malahan, terdapat gambar Raibafie mengibarkan bender...

Mukhriz Hanya Duduk ‘Di Bawah Ketiak’ Mahathir Selama Ini

Image
Presiden parti Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir disifatkan tidak memiliki aura seperti bapanya iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad. Banyak pihak membayangkan Mukhriz bukan individu sesuai untuk menerajui parti tersebut atas dasar beliau hanyalah seorang anak Mahathir. Malahan, Mukhriz tidak terbukti kredibilitinya memegang jawatan terpenting dalam kerajaan. Mukhriz hanya dapat memimpin Kedah hasil 'bantuan' daripada Mahathir dan bukannya memegang jawatan tersebut berdasarkan keupayaannya. Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/pengguguran-mukhriz-disebabkan-gagal-tadbir-negeri-rahman-dahlan-148629 Mukhriz pada April lalu membangkitkan isu pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP). Beliau mendakwa pemaju iaitu Kumpulan ECK belum membuat sebarang pembayaran berhubung projek tersebut, yang dibangunkan bersama dengan kerajaan Kedah. Beliau turut mendakwa pemaju berkenaan untung atas angin. Pendedahan itu tentunya memberi kesan buruk kepada reputasi Menteri Besar...

PEJUANG Dan MUDA Terdesak Mendepani PRU-15?

Image
Sejak akhir-akhir, banyak kenyataan dikeluarkan oleh parti Pejuang untuk membentuk kerjasama dengan parti lain serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Menurut Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad, langkah itu dibuat bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) yang meraih kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini. Pejuang bagaimanapun gagal meraih sebarang dalam 42 kerusi yang dipertandingkan pada PRN Johor selain kehilangan wang deposit. Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/politik/2022/06/962530/pru15-pejuang-jangka-bentuk-gabungan-besar-dengan-ngo-profesional Mahathir sedar bahawa beliau sudah tidak mendapat sokongan daripada rakyat, malahan juga blok pembangkang. Selepas Mahathir keluar daripada Pakatan Harapan (PH), beliau terus menerus menyerang para pemimpin pembangkang lain seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Tindakan Mahathir itu hanya merendahkan lagi peratusan sokongan kepada be...

Syed Saddiq Hanya Tin Kosong

Image
Baru-baru ini, Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengeluarkan kenyataan di media sosial tentang pekerja berhak membawa kes ke Jabatan Tenaga Kerja sekiranya majikan memotong manfaat pekerja. Syed Saddiq turut berkata, gaji minimum sebanyak RM1,500 dalam sektor awam masih belum dipatuhi sehingga kini. Ketika Syed Saddiq menjadi Menteri Belia dan Sukan sewaktu zaman Pakatan Harapan (PH), mengapa membisu ketika kerajaan pada masa itu hanya menaikkan gaji minima sebanyak RM200 sahaja? Bukankah Syed Saddiq sepatutnya lebih bersungguh-sungguh mendesak kerajaan PH menaikkan gaji minima sehingga RM1500 sewaktu menjadi menteri dahulu? Bukankah itu janji dalam manifesto PH pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)? Alih-alih, hanya RM200 sahaja kenaikan gaji minima. Kalau betul mahu berlagak seperti hero rakyat, kenapa sekarang mahu 'memekak' di media sosial? Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/01/649598/perintah-gaji-minimum-berkua...