Posts

Showing posts with the label Lim Guan Eng

Papagomo Kalah Saman Fitnah Lagi!

Image
Wan Muhammad Azri Wan Deris atau lebih dikenali sebagai Papagomo sekali lagi diarahkan membayar ganti rugi untuk kes saman fitnah. Kali ini kes saman fitnah membabitkan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan anak lelakinya. Papagomo diarahkan membayar ganti rugi sebanyak RM280,000. Itulah padahnya apabila sering mereka-reka cerita dan menabur fitnah kepada semua orang. Ini bukan kali pertama Papagomo diarahkan membayar denda kerana kes seumpamanya. SUMBER: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2026/05/1560802/papagomo-diarah-bayar-ganti-rugi-rm280000-kepada-guan-eng-anak?source=widget Pada 29 April 2024, Papagomo ditahan polis dan didakwa di bawah Seksyen 4(1)(c) Akta Hasutan 1948 kerana membuat hantaran berbentuk hasutan berkaitan isu pemilik KK Supermart & Superstore Sdn Bhd yang menjual stokin tertera kalimah ‘Allah’ mengadap Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim di laman X miliknya. Kenyataan itu dikesan dalam satu hantaran video berdurasi dua minit 4...

PAS ‘Kaki Fitnah’ Politik

Image
Mahkamah Rayuan pada 6 September mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakarian untuk membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 kepada Lim Guan Eng berhubung hantaran Facebook yang didakwa memfitnah pemimpin DAP itu. Itu bukan kali pertama PAS diarahkan membayar ganti rugi berhubung kenyataan mereka terhadap musuh politik. Sejak 2016 hingga 2022, PAS membayar lebih RM2 juta kerana kalah kes saman fitnah di mahkamah. Angka itu melibatkan 10 kes saman fitnah. Nampaknya PAS dan fitnah berpisah tiada. Berani menggelarkan diri sebagai pejuang Islam, tapi kenyataan fitnah 'berbakul-bakul' dikeluarkan oleh parti berkenaan. PAS kerap kali menekankan ideologi parti mereka sebagai organisasi yang memperjuangkan Islam, namun terlibat dalam kes saman fitnah. Tidak pelik apabila parti itu kurang menerima sokongan rakyat kerana ideologi PAS yang berbolak-balik. Adakah prinsip moral dan etika yang dilontarkan oleh PAS hanya retorik kosong semata-m...

Syed Saddiq ‘Penjilat’ Tegar DAP

Image
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman seperti semua sedia tahu, begitu mesra dengan DAP. Malahan, Syed Saddiq juga berkali-kali memuja 'kehebatan' pemimpin DAP secara terang-terangan. Persoalannya, tergamak Syed Saddiq menyokong 'barua' yang cuba untuk menjajah Malaysia dengan pelbagai ideologi 'bodoh'? Apa yang DAP buat ketika ini hanya untuk menjatuhkan kerajaan dan mana-mana pihak yang menghalang cita-cita mereka untuk memerintah negara ini. Apakah Syed Saddiq lupa apa yang berlaku di Singapura? Golongan Melayu seperti Syed Saddiq hanya menjadi boneka kerajaan sedangkan segala keputusan dibuat oleh mereka yang lebih berkuasa. Sumber: https://www.facebook.com/727154640759875/posts/halimah-presiden-boneka-pap-singapura-1-akhirnya-penyusunan-perancangan-pap-berj/1042820355859967/ https://limguaneng.com/index.php/2017/09/12/halimah-yacob-has-succeeded-for-singapore-where-even-the-united-states-failed-in-electing-the-first-woman-presidentec/ Cukup-cu...

PEJUANG Dan MUDA Terdesak Mendepani PRU-15?

Image
Sejak akhir-akhir, banyak kenyataan dikeluarkan oleh parti Pejuang untuk membentuk kerjasama dengan parti lain serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15). Menurut Pengerusi Pejuang, Tun Dr Mahathir Mohamad, langkah itu dibuat bagi menumbangkan Barisan Nasional (BN) yang meraih kemenangan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini. Pejuang bagaimanapun gagal meraih sebarang dalam 42 kerusi yang dipertandingkan pada PRN Johor selain kehilangan wang deposit. Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/politik/2022/06/962530/pru15-pejuang-jangka-bentuk-gabungan-besar-dengan-ngo-profesional Mahathir sedar bahawa beliau sudah tidak mendapat sokongan daripada rakyat, malahan juga blok pembangkang. Selepas Mahathir keluar daripada Pakatan Harapan (PH), beliau terus menerus menyerang para pemimpin pembangkang lain seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng. Tindakan Mahathir itu hanya merendahkan lagi peratusan sokongan kepada be...

Gamuda Untung Besar, Perak Dapat ‘Durian Runtuh’

Image
Syarikat pembinaan terbesar Malaysia, Gamuda Bhd mencatatkan keuntungan bersih berjumlah RM152.37 juta pada suku pertama berakhir 31 Oktober 2021 berbanding RM110.3 juta bagi tempoh sama pada tahun kewangan sebelumnya. Malah, Gamuda dijangka mencatat hasil dan pendapatan yang lebih baik tahun kewangan berakhir 31 Julai 2022 susulan prospek sektor pembinaan yang kembali pulih tahun ini. Syarikat tersebut juga dijangka muncul antara pilihan utama bagi tender MRT3 yang ditawarkan pada Mei. Sumber: https://dagangnews.com/gamuda-dijangka-raih-manfaat-paling-besar-dalam-projek-mrt3-14105 https://thekapital.my/untung-bersih-gamuda-meningkat-kepada-rm152-37-juta-pada-suku-pertama/ Makin untung Gamuda. Bertuah siapa yang memiliki syarikat itu. Apabila diselongkar, pengarah syarikat berkenaan adalah salah seorang kerabat diraja Perak iaitu Raja Eleena. Raja Eleena ini adinda kepada Sultan Perak ketika ini iaitu Sultan Nazrin Shah. Raja Eleena ini merupakan pemegang saham paling besar di Genera...