Posts

Showing posts with the label Terengganu

Mahathir Paling Banyak Langgar Prinsip Persekutuan

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini cuba membidas beberapa negeri kerana mahu menuntut hak daripada hasil negara. Dia cuba bercakap soal Persekutuan adalah penting kerana memberi kekuatan kepada negeri-negeri. Dia mendakwa, setiap negeri sekiranya berdiri sendiri tidak akan menjadi kuat. Walhal, negeri-negeri di bawah Persekutuan juga mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat masing-masing kerana telah menyumbang kepada negara. Mahathir juga ketika zaman dia menjadi Perdana Menteri tidak pernah sesekali menghormati prinsip 'Bersekutu Bertambah Mutu' di negara ini. Projek IC dan rusuhan di Sabah pada 1980-an merupakan campur tangan siapa? Disebabkan mahu mengubah demografi dan mencemari daftar pemilih dalam sistem pilihan raya tempatan, Mahathir mengarahkan menterinya untuk menjalankan projek IC di Sabah. Projek rahsia berkenaan dijalankan bagi memberi keuntungan kepada parti UMNO di bawah pimpinan Mahathir pada masa itu. Mahathir turut berkomplot dengan ...

Ahmad Zahid Tidak Peduli Nasib BN

Image
Kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri baru-baru ini telah mencetuskan gesaan dalam kalangan ahli politik parti berkenaan serta orang ramai agar Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatannya dengan kadar segera. BN mencatat prestasi terburuk dalam sejarah selepas hanya menang 19 daripada 108 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi. BN bagaimanapun gagal memenangi sebarang kerusi di Terengganu dan Kedah. Parti itu juga kehilangan 10 kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) menyebabkan Perikatan Nasional (PN) menyapu bersih 32 kerusi DUN di Terengganu. Keputusan itu membuktikan Ahmad Zahid gagal memimpin BN dan tiada kemampuan untuk meraih sokongan pengundi selagi dia masih memegang jawatan itu. Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2023/08/ahmad-zahid-digesa-letak-jawatan-pengerusi-bn/ Sejak PRU-15, Ahmad Zahid ditolak oleh rakyat kerana memiliki kes mahkamah yang masih belum selesa...