Posts

Showing posts with the label Perdana Menteri

Mahathir Musuh Kestabilan Negara

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini melontarkan kenyataan kontroversi yang bersifat dangkal. Dia mahu memansuhkan hukuman terhadap individu yang menyentuh isu 3R (kaum, agama dan institusi diraja) sekiranya kembali memegang jawatan Perdana Menteri. Mahathir mendakwa langkah itu merupakan perkara pertama yang akan dilaksanakannya sekiranya diberi peluang untuk memimpin negara sekali lagi. Dia mendakwa suara-suara yang mengkritik pentadbirannya tidak sepatutnya disenyapkan. Namun Mahathir sendiri sebenarnya memang tidak suka dengan institusi diraja dan sering mengeluarkan kenyataan yang bersifat perkauman. SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/743643 Mahathir sendiri yang menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu pada zaman pemerintahannya. Mahathir pernah meminda Perlembagaan supaya undang-undang boleh digubal tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong. Selain itu, kuasa mengisytihar darurat juga dipindahkan daripada YDPA kepada Perdana Menteri. Dia juga pernah mela...

Mahathir Paling Banyak Langgar Prinsip Persekutuan

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini cuba membidas beberapa negeri kerana mahu menuntut hak daripada hasil negara. Dia cuba bercakap soal Persekutuan adalah penting kerana memberi kekuatan kepada negeri-negeri. Dia mendakwa, setiap negeri sekiranya berdiri sendiri tidak akan menjadi kuat. Walhal, negeri-negeri di bawah Persekutuan juga mempunyai hak untuk menyuarakan pendapat masing-masing kerana telah menyumbang kepada negara. Mahathir juga ketika zaman dia menjadi Perdana Menteri tidak pernah sesekali menghormati prinsip 'Bersekutu Bertambah Mutu' di negara ini. Projek IC dan rusuhan di Sabah pada 1980-an merupakan campur tangan siapa? Disebabkan mahu mengubah demografi dan mencemari daftar pemilih dalam sistem pilihan raya tempatan, Mahathir mengarahkan menterinya untuk menjalankan projek IC di Sabah. Projek rahsia berkenaan dijalankan bagi memberi keuntungan kepada parti UMNO di bawah pimpinan Mahathir pada masa itu. Mahathir turut berkomplot dengan ...

Mahathir Lebih Zalim

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terus memberi sindiran kepada kerajaan menerusi ciapan di laman media sosialnya. Mahathir mendakwa kerajaan ketika ini melaksanakan hukuman yang kejam berhubung soal kebebasan bersuara. Mahathir terus menerus lupa tentang isu kebebasan bersuara ini. Dia patut bercakap dengan diri sendiri, tentang betapa kejamnya 'seorang Mahathir' sewaktu menjadi Perdana Menteri apabila rakyat menyuarakan sesuatu perkara. Sebut sahaja segala peristiwa yang berlaku pada zaman Mahathir sehingga pelbagai akta dilaksanakan untuk menyekat kebebasan bersuara rakyat pada masa itu. SUMBER: https://x.com/chedetofficial/status/1795375387792531475?s=48&t=iS4MMNGc-rf971nPsju1Kw Sembang Mahathir tidak boleh dipakai, lebih banyak hipokrit daripada kebenaran. Ketika menjadi Perdana Menteri keempat pada 1981 hingga 2003, berapa ramai musuh politik yang ditumbangkan oleh Mahathir menggunakan kuasanya? Mahathir yang memperkenalkan Akta Keselamatan Dalam Negara ...

Mahathir, Daim Petualang Jual Kedaulatan Negara

Image
Kerajaan memberi penegasan bahawa tiada siapa yang boleh terlepas daripada memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kes Pulau Batu Puteh. Nampaknya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh lari ke mana-mana. Dia perlu jawab semua persoalan tentang keputusannya untuk tidak meneruskan permohonan semakan semula Pulau Batu Puteh ketika menjadi Perdana Menteri ketujuh. Selama ini, dia berdolak-dalik dan menyalahkan pihak lain tentang perkara berkenaan. Malah, dia sempat menyerang Yang di-Pertuan Agong (YDPA) kerana melantik Tun Md Raus Sharif sebagai pengerusi RCI berkenaan, atas alasan konflik berkepentingan. SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/697508 Kalau bercakap soal konflik berkepentingan, Mahathir dan sahabatnya, Tun Daim Zainuddin paling banyak melakukan perkara itu. Mahathir lupa siapakah yang melantik Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika menjadi PM7? Mahathir lupa siapakah yang melantik anaknya sendiri, Datuk...

Kelicikan Mahathir Kayakan Anak-Anak

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak pernah memberikan kontrak kerajaan kepada keluarganya sepanjang memerintah negara ini. Tapi kita faham Mahathir sudah makin tua dan mungkin nyanyuk hingga lupa ingatan tentang perilakunya suatu masa dahulu. Bagaimana anak-anaknya mampu mengaut keuntungan atau kekayaan berbilion ringgit dalam tempoh 2-3 dekad sahaja? Mustahil kesemua anak-anaknya mampu menjadi kaya sebegitu rupa hasil titik peluh sendiri. Malah, tidak mungkin anak-anaknya memiliki beratus syarikat luar dan dalam negara serta memegang pelbagai jawatan penting di Malaysia tanpa bantuan Mahathir. Tak apalah, Mahathir mungkin nyanyuk dan perlu diingatkan kembali perbuatannya sebelum ini. Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2023/07/kayakan-anak-dan-kroni-mana-bukti-tun-m/ Mahathir tentu ingat sewaktu menjadi PM7 pada 2018, dia melantik anaknya, Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah. Betapa hebatnya Mahathir. Portfolio Mukhriz ...

Pengaruh Tersembunyi Annuar Zaini

Image
Dalam kancah politik negara, kebanyakan ahli politik dikenali ramai. Namun, ada segelintir ahli politik yang kurang dikenali oleh rakyat. Salah seorang daripadanya adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini. Meskipun dia memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Negara Perak, namun namanya kurang dikenali oleh rakyat. Malah, pergerakannya dalam dunia politik sering mencetuskan persoalan. Pada pandangan pertama, Annuar Zaini mungkin kelihatan seperti seorang figura yang tidak terlibat secara langsung dengan percaturan politik. Namun, bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik negara dengan rapat, 'kehadiran' Annuar Zaini dalam pelbagai isu kontroversi tidak dapat disangkal. Annuar Zaini sering kali menjadi 'penggerak' atau 'arkitek' kepada isu pergolakan politik di Perak. Annuar Zaini juga bukan sahaja terlibat dalam usaha menggulingkan kerajaan negeri Perak tetapi dituduh memfitnah parti politik dalam berebut kerusi Menteri Besar Perak pada tahun lalu. Tindakan Annuar Zain...

The Only Dictator Here Is Mahathir

Image
Under cover of the various political dramas sourced from irresponsible parties talking about politics and religion, one topic has continued to bring itself up repeatedly. Our former Prime Minister, Tun Dr. Mahathir Mohamad. In an ironic twist of fate, the former Prime Minister has accused the administration of his former protege and now forever rival, led by Anwar Ibrahim, of being a cruel dictatorship, claiming that government critics were being prevented from voicing their dissatisfaction. This is in reference to the various arrests made against Bersatu leaders due to the Jana Wibawa scandal - which includes another protege of his, Tan Sri Muhyiddin Yassin, alongside multiple figures that were once closely associated with the elder statesman. It is funny to see these pronouncements by him, given that the elder statesman has repeatedly proven that he is one with dictatorial tendencies. In his time in office, Dr Mahathir weakened state and informal institutions and packed them with loy...