Posts

Showing posts with the label mahkamah

PAS ‘Kaki Fitnah’ Politik

Image
Mahkamah Rayuan pada 6 September mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakarian untuk membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 kepada Lim Guan Eng berhubung hantaran Facebook yang didakwa memfitnah pemimpin DAP itu. Itu bukan kali pertama PAS diarahkan membayar ganti rugi berhubung kenyataan mereka terhadap musuh politik. Sejak 2016 hingga 2022, PAS membayar lebih RM2 juta kerana kalah kes saman fitnah di mahkamah. Angka itu melibatkan 10 kes saman fitnah. Nampaknya PAS dan fitnah berpisah tiada. Berani menggelarkan diri sebagai pejuang Islam, tapi kenyataan fitnah 'berbakul-bakul' dikeluarkan oleh parti berkenaan. PAS kerap kali menekankan ideologi parti mereka sebagai organisasi yang memperjuangkan Islam, namun terlibat dalam kes saman fitnah. Tidak pelik apabila parti itu kurang menerima sokongan rakyat kerana ideologi PAS yang berbolak-balik. Adakah prinsip moral dan etika yang dilontarkan oleh PAS hanya retorik kosong semata-m...

Ahmad Zahid Tebal Muka, Enggan Lepas Jawatan

Image
Kebanyakan rakyat masih tidak faham bagaimana Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tebal muka mahu memimpin parti itu meskipun terpalit dengan pelbagai kontroversi. Bagaimana seseorang yang berdepan 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi boleh menjadi Presiden parti? Disebabkan Ahmad Zahid, UMNO digelar sebagai parti yang cuba 'menyelamatkan' beliau ketika kempen Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) tahun lalu. Atas faktor itu, UMNO tidak lagi menerima sokongan daripada rakyat dan sebaliknya pengundi memilih parti lain sebagai pilihan. Ahmad Zahid seolah-olah tidak mahu ambil peduli bahawa beliaulah yang bertanggungjawab kepada penurunan sokongan orang ramai terhadap UMNO ketika PRU. Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/01/914952/zahid-hamidi-diarah-bela-diri-47-tuduhan-rasuah-dan-jenayah Baru-baru ini, Ahmad Zahid memohon M...