Posts

Showing posts with the label Lim Wei Jiet

MUDA Dan Gangguan Politik

Image
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) dilihat lantang bersuara di media sosial. Presidennya, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sering kali memuat naik hantaran di media sosialnya mengutuk atau mengecam segelintir pihak tertentu. Ahli-ahlinya seperti calon Parlimen Tanjung Piai PRU-15, Lim Wei Jiet juga tidak kurang 'hebatnya' di media sosial. Kalau dikira usia parti MUDA, baru 2 tahun lebih. Namun pelbagai isu melanda parti berkenaan. Apa yang pelik, krisis dalaman parti pun tidak diselesaikan dengan baik, namun MUDA acapkali membuat gangguan politik. Sumber: https://malaysiagazette.com/2022/08/13/menjelang-dua-tahun-penubuhan-muda/ Wei Jiet mendakwa kerajaan Johor pimpinan Barisan Nasional (BN) sengaja mengumumkan beberapa peruntukan bernilai RM4.6 juta sepanjang tempoh PRU-15 di kerusi Parlimen Tanjung Piai. Dia mendakwa pengumuman itu merupakan gula-gula pilihan raya dibuat oleh BN yang berselindung di sebalik kerajaan negeri Johor. Apabila sesuatu yang baik diumumkan oleh ke...

MUDA Tunjuk Bukti Jelas Parti Itu Bersifat Hipokrit

Image
Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) seperti semua sedia maklum merupakan 'parti komponen' di bawah mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. MUDA mendukung aspirasi pergerakan Mahathir dalam merevolusikan sistem pentadbiran negara yang mahu dibentuk oleh beliau selain cuba menambat hati pengundi belia melalui penubuhan parti ini. Kita boleh lihat para pemimpin MUDA seperti Syed Saddiq dan Amira Aisya begitu lantang mengkritik kerajaan ketika ini tanpa mengeluarkan sebarang kenyataan yang menjatuhkan Mahathir. Jelas sekali, MUDA hanya bergerak sebagai penyokong buat Mahathir dalam 'merampas' kembali kuasa pemerintahan negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Sumber: https://www.astroawani.com/berita-politik/parti-muda-ujikaji-politik-atau-klon-pkr-20-346614 Namun, baru-baru ini, satu perkara aneh berlaku dalam senario politik negara, apabila parti MUDA menyertai Program Kepimpinan Razak. Ironinya, program itu merupakan cetusan idea Tan Sri Mohamed Naz...