Pengaruh Buruk Annuar Zaini Dalam Politik
Ahli Dewan Negara Perak, Tan Sri Mohd Annuar Zaini kurang dikenali orang ramai melainkan mereka yang benar-benar terlibat dalam kancah politik sahaja mengetahui beliau. Untuk pengetahuan semua, beliau juga berperanan sebagai penasihat Sultan Perak selain memegang jawatan lain di negeri itu. Namun, Annuar sebenarnya menggunakan kuasanya lebih daripada sepatutnya. Berketrampilan seperti seorang individu yang kelihatan baik, Annuar bijak menyembunyikan 'perangai' sebenarnya. Hanya mereka yang tahu sahaja betapa 'durjananya' Annuar dalam sistem politik tempatan. Annuar pernah terlibat dalam konspirasi menyingkirkan Menteri Besar Perak pada 2009 iaitu Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin. Sepatutnya pihak Istana tidak boleh mencampuri sebarang urusan melibatkan hal ehwal Dewan Undangan Negeri (DUN). Bukan itu sahaja, Annuar juga dikatakan menjadi 'tangan ghaib' yang menyebabkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertuan Agong. Tiada d