Pengaruh Buruk Annuar Zaini Dalam Politik
Ahli Dewan Negara Perak, Tan Sri Mohd Annuar Zaini kurang dikenali orang ramai melainkan mereka yang benar-benar terlibat dalam kancah politik sahaja mengetahui beliau.
Untuk pengetahuan semua, beliau juga berperanan sebagai penasihat Sultan Perak selain memegang jawatan lain di negeri itu.
Namun, Annuar sebenarnya menggunakan kuasanya lebih daripada sepatutnya.
Berketrampilan seperti seorang individu yang kelihatan baik, Annuar bijak menyembunyikan 'perangai' sebenarnya.
Hanya mereka yang tahu sahaja betapa 'durjananya' Annuar dalam sistem politik tempatan.
Annuar pernah terlibat dalam konspirasi menyingkirkan Menteri Besar Perak pada 2009 iaitu Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin.
Sepatutnya pihak Istana tidak boleh mencampuri sebarang urusan melibatkan hal ehwal Dewan Undangan Negeri (DUN).
Bukan itu sahaja, Annuar juga dikatakan menjadi 'tangan ghaib' yang menyebabkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V meletakkan jawatan sebagai Yang Dipertuan Agong.
Tiada dalam sejarah Malaysia bahawa seorang Yang Dipertuan Agong meletakkan jawatannya.
Semestinya tangan-tangan ghaib seperti Annuar yang melakukan usaha-usaha menjatuhkan Sultan Kelantan.
Disebabkan itu, Annuar dilucutkan daripada Darjah Kebesaran Kelantan pada 2019.
Meskipun pihak istana Kelantan tidak memberikan butiran jelas mengenai pelucutan itu, namun kebanyakan pihak sudah sedia maklum tentang perkara berkenaan.
Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/123990
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/03/536920/sultan-kelantan-tarik-balik-darjah-kebesaran-annuar-zaini
Tahun lalu, beliau mendakwa parti Bersatu Perak berebut jawatan Menteri Besar dengan PAS serta mahu keluar daripada Perikatan Nasional (PN).
Seharusnya, Annuar Zaini menyemak segala fakta atau kesahihan sebelum mengeluarkan dakwaan itu.
Sebagai seorang yang berkhidmat dengan pihak Istana, Annuar perlu faham tentang implikasi yang boleh menyebabkan kekacauan politik di negeri itu.
Jika maklumat yang salah disebarkan oleh individu berpengaruh seperti beliau, rakyat akan menjadi huru-hara dan mengakibatkan kekeliruan.
Sumber: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/11/1030104/annuar-zaini-minta-maaf-kepada-setiausaha-bersatu-perak
Annuar Zaini ketika ini merupakan Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak.
Namun, ramai tidak tahu bahawa beliau juga pernah menjadi Pengarah Syarikat Berjaya Group milik Vincent Tan.
Syarikat itu memiliki saham syarikat judi iaitu Sports Toto.
Annuar sememangnya mengamalkan kehidupan yang liberal. Dia membela anjing di rumah, minum arak dan mengamalkan gaya hidup Barat.
Bagaimana individu seumpama Annuar boleh dilantik mengetuai Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak?
Jahanam apabila individu liberal seperti Annuar diberikan kuasa sedemikian, sedangkan dia sendiri tidak mengamalkan ajaran Islam sebenar.
Apakah disebabkan dia memiliki hubungan kuat dengan Sultan Perak, Annuar diberi tanggungjawab tersebut?
Sumber: https://klse.i3investor.com/web/corporatefigure/detail/3395?id=3395-14121-598685654
Rakyat Perak sepatutnya menolak Annuar Zaini daripada terus bermaharajalela di negeri itu.
Apakah kita sanggup melihat si bangsat seperti Annuar Zaini mencampuri semua urusan pemerintahan di negara ini?
Individu seperti Annuar tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.
Sudah banyak perkara-perkara penting melibatkan pemerintahan negara menjadi kacau bilau hanya disebabkan oleh tangan ghaib seperti Annuar.
Jika masih dibiarkan, banyak lagi gangguan politik bakal tercetus dek gara-gara Annuar.
Comments
Post a Comment