Posts

Showing posts from May, 2023

Tanah Rizab Melayu Digadai, Annuar Zaini 'Menghilang'

Image
Baru-baru ini, wujud pertikaian tentang isu tanah rizab Melayu di Perak yang dimiliki oleh golongan bukan Melayu. Sebanyak 3,412 hektar tanah rizab Melayu direkodkan bukan milik Melayu seperti dilaporkan dalam Laporan Audit Negara 2019 Siri 2 Negeri Perak. Laporan itu turut mendedahkan sebanyak 3,417 hektar tanah rizab Melayu adalah milik perseorangan Cina. Seorang netizen mempersoalkan kegagalan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyekat penjualan atau pelupusan tanah rizab Melayu kepada bukan Melayu. Perak dikatakan gagal mematuhi Enakmen Rizab Melayu 142 dan membiarkna golongan bukan Melayu untuk memperoleh tanah rizab Melayu secara 'tidak sah'. Sumber: https://themerdekatimes.com/news/2023/01/3214-hektar-tanah-rizab-melayu-perak-dimiliki-bukan-melayu Individu paling berpengaruh di Perak dan mengawal semuanya di belakang tabir iaitu Tan Sri Mohd Annuar Zaini perlu mengambil langkah sewajarnya. Apa gunanya memegang jawatan Penasihat Sultan Perak jika tidak mela