Tanah Rizab Melayu Digadai, Annuar Zaini 'Menghilang'
Baru-baru ini, wujud pertikaian tentang isu tanah rizab Melayu di Perak yang dimiliki oleh golongan bukan Melayu.
Sebanyak 3,412 hektar tanah rizab Melayu direkodkan bukan milik Melayu seperti dilaporkan dalam Laporan Audit Negara 2019 Siri 2 Negeri Perak.
Laporan itu turut mendedahkan sebanyak 3,417 hektar tanah rizab Melayu adalah milik perseorangan Cina.
Seorang netizen mempersoalkan kegagalan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad menyekat penjualan atau pelupusan tanah rizab Melayu kepada bukan Melayu.
Perak dikatakan gagal mematuhi Enakmen Rizab Melayu 142 dan membiarkna golongan bukan Melayu untuk memperoleh tanah rizab Melayu secara 'tidak sah'.
Sumber: https://themerdekatimes.com/news/2023/01/3214-hektar-tanah-rizab-melayu-perak-dimiliki-bukan-melayu
Individu paling berpengaruh di Perak dan mengawal semuanya di belakang tabir iaitu Tan Sri Mohd Annuar Zaini perlu mengambil langkah sewajarnya.
Apa gunanya memegang jawatan Penasihat Sultan Perak jika tidak melakukan apa-apa berkaitan nasib orang Melayu?
Sudah terang lagi bersuluh bahawa hak tanah rizab Melayu dilindungi sepenuhnya di bawah enakmen berkenaan.
Namun disebabkan tiada penguatkuasaan atau sebarang tindakan daripada pihak atasan di Perak, tanah rizab Melayu digadai sebegitu sahaja.
Mohd Annuar perlu bersuara tentang isu ini dan bukannya mengambil sikap berdiam diri sahaja. Isu tanah di Perak bukan satu benda baharu namun tiada sebarang tindakan yang keras dilaksanakan oleh kerajaan negeri itu.
Mohd Annuar juga berdiam diri, walhal dia antara individu paling lantang di negeri itu.
Persatuan Kebajikan Komuniti dan Dialog sebelum ini menggesa kerajaan Perak agar menghentikan projek tapak pembalakan di Hutan Simpan Kledang Saiong.
Bayangkan, projek itu meliputi kawasan seluas 4,280 hektar atau bersamaan dengan saiz 6,000 padang bola sepak.
Bagaimana projek sedemikian diluluskan di tapak hutan simpan yang sewajarnya menjadi kawasan pemuliharaan flora serta fauna?
Persatuan itu telah menghantar petisyen yang mempunyai 5,000 tandatangan mendesak supaya projek itu dihentikan namun kerajaan Perak serta Mohd Annuar buat tidak endah.
Sumber: https://www.malaysiakini.com/letters/660107
Selain itu, penduduk Orang Asli Kampung Tasik Asal Cunex, Gerik menuntut suatu deklarasi bahawa penduduk serta nenek moyang mereka adalah berhak kepada perlindungan hak terhadap tanah menurut adat dan undang-undang.
Mereka turut menuntut satu perintah bahawa tanah tersebut diwartakan tanah adat dan dihuni secara sah.
Tuntutan itu dibuat selepas nasib mereka terjejas akibat kemusnahan hutan berikutan aktiviti pembalakan yang berlaku sejak Januari 2019.
Malah, halangan yang dibina untuk menyekat proses membawa keluar kayu balak juga dirobohkan oleh individu tidak bertanggungjawab.
Mengapa Mohd Annuar tidak cakna tentang isu tersebut? Sebagai Penasihat Sultan Perak, Mohd Annuar sepatutnya memberi nasihat kepada Istana Perak untuk campur tangan dalam isu-isu yang menjejaskan kesejahteraan rakyat Perak.
Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/253842/berita/semasa/bicara-tuntutan-orang-asli-terhadap-kerajaan-perak-bermula
Tuntasnya, menggadaikan tanah rizab Melayu memberi impak buruk yang meluas kepada komuniti Melayu.
Perbuatan itu akan menyebabkan isu kehilangan kepentingan tanah, kesan kawalan ke atas sumber asli dan mengancam identiti serta sosial masyarakat Melayu.
Tanah rizab Melayu memainkan peranan penting dalam memastikan kesinambungan kehidupan sosial, ekonomi serta budaya komuniti Melayu.
Namun, perkara itu gagal diambil perhatian oleh Mohd Annuar dan kerajaan Perak.
Masing-masing hanya mahu memenuhkan kantung duit mereka tanpa memikirkan kesan jangka panjang bakal berlaku kepada rakyat Perak khususnya komuniti Melayu.
Comments
Post a Comment