Posts

Showing posts from August, 2023

Ahmad Zahid Tidak Peduli Nasib BN

Image
Kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri baru-baru ini telah mencetuskan gesaan dalam kalangan ahli politik parti berkenaan serta orang ramai agar Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatannya dengan kadar segera. BN mencatat prestasi terburuk dalam sejarah selepas hanya menang 19 daripada 108 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi. BN bagaimanapun gagal memenangi sebarang kerusi di Terengganu dan Kedah. Parti itu juga kehilangan 10 kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) menyebabkan Perikatan Nasional (PN) menyapu bersih 32 kerusi DUN di Terengganu. Keputusan itu membuktikan Ahmad Zahid gagal memimpin BN dan tiada kemampuan untuk meraih sokongan pengundi selagi dia masih memegang jawatan itu. Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2023/08/ahmad-zahid-digesa-letak-jawatan-pengerusi-bn/ Sejak PRU-15, Ahmad Zahid ditolak oleh rakyat kerana memiliki kes mahkamah yang masih belum selesa