Ahmad Zahid Tidak Peduli Nasib BN
Kekalahan teruk Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam buah negeri baru-baru ini telah mencetuskan gesaan dalam kalangan ahli politik parti berkenaan serta orang ramai agar Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatannya dengan kadar segera.
BN mencatat prestasi terburuk dalam sejarah selepas hanya menang 19 daripada 108 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi.
BN bagaimanapun gagal memenangi sebarang kerusi di Terengganu dan Kedah.
Parti itu juga kehilangan 10 kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) menyebabkan Perikatan Nasional (PN) menyapu bersih 32 kerusi DUN di Terengganu.
Keputusan itu membuktikan Ahmad Zahid gagal memimpin BN dan tiada kemampuan untuk meraih sokongan pengundi selagi dia masih memegang jawatan itu.
Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2023/08/ahmad-zahid-digesa-letak-jawatan-pengerusi-bn/
Sejak PRU-15, Ahmad Zahid ditolak oleh rakyat kerana memiliki kes mahkamah yang masih belum selesai.
Sentimen orang ramai ketika PRU-15 khususnya dalam kalangan pengundi Melayu berbelah bahagi kerana Ahmad Zahid masih berdegil untuk memegang jawatan Pengerusi BN meskipun sudah didesak berkali-kali.
Faktor itu menyebabkan ramai pengundi Melayu beralih kepada parti lain kerana enggan memberikan kemenangan kepada BN dan tidak mahu Ahmad Zahid berkuasa.
Keputusan kontroversi Ahmad Zahid yang menggugurkan veteran-veteran UMNO dan BN juga mencetuskan polemik dalam kalangan rakyat.
Tindakan kurang bijak itu menyebabkan BN kehilangan kubu kuat yang didominasi oleh parti berkenaan sejak sekian lama.
Rakyat menyifatkan tindakan Zahid itu hanya membawa kerugian kepada parti tersebut.
Sumber: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2023/01/27/umno-sacks-kj-suspends-hisham-shahril/
Sokongan orang ramai terhadap BN dan UMNO kian berkurangan selepas PRU-15.
Meskipun memiliki rekod cemerlang dalam PRN Johor dan Melaka pada 2021, namun penampilan Zahid yang menonjol pada PRU-15 selain berdepan kes mahkamah, menyebabkan orang ramai menolak BN.
Rakyat kian menolak BN selepas Ahmad Zahid kekal sebagai Presiden UMNO selepas menang tanpa bertanding.
Sehingga kini, rakyat masih berfikir, apakah keistimewaan Ahmad Zahid sehingga masih ada ahli UMNO menyokongnya sebagai Presiden?
Apa sumbangan dia kepada parti itu sehingga masih dijulang dan diangkat sebagai nakhoda parti?
Sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/08/998998/zahid-hamidi-perlu-letak-jawatan-idris-jusoh
Ahmad Zahid perlu memberikan peluang kepada orang lain untuk memimpin UMNO dan BN kalau betul-betul dia sayangkan parti berkenaan.
Pemimpin baharu yang lebih bersih rekodnya berbanding Ahmad Zahid wajar dilantik bagi mengembalikan semula sokongan rakyat kepada parti tersebut.
Ahmad Zahid perlu sedar bahawa rakyat tidak mahu menyokong BN dan UMNO kerana dia.
Berilah tampuk pemerintahan parti kepada mereka yang benar-benar layak dan bercita-cita membawa BN dan UMNO ke hadapan.
UMNO dan BN kini tidak lagi seperti dahulu, gara-gara kedegilan Ahmad Zahid yang gilakan kuasa.
Sumber: https://premium.sinarharian.com.my/article/228061/fokus/semasa/umno-ibarat-titanic-ahmad-zahid-tak-mampu-selamatkan-parti-lagi
Ahmad Zahid bukan individu paling layak memimpin BN. Dia hanya tamakkan jawatan serta tidak peduli tentang nasib parti terbabit.
Desakan demi desakan telah dibuat namun dia masih berdegil.
Mereka yang sayangkan parti akan rela berundur daripada membawa lebih banyak kemudaratan kepada parti tersebut.
Namun berbeza ceritanya dengan Ahmad Zahid. Biar parti tumbang, asalkan dia tidak tumbang.
Selagi Ahmad Zahid berkuasa dalam BN, selagi itu rakyat tidak akan menyokong BN.
Comments
Post a Comment