Posts

Showing posts from September, 2023

PAS ‘Kaki Fitnah’ Politik

Image
Mahkamah Rayuan pada 6 September mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakarian untuk membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 kepada Lim Guan Eng berhubung hantaran Facebook yang didakwa memfitnah pemimpin DAP itu. Itu bukan kali pertama PAS diarahkan membayar ganti rugi berhubung kenyataan mereka terhadap musuh politik. Sejak 2016 hingga 2022, PAS membayar lebih RM2 juta kerana kalah kes saman fitnah di mahkamah. Angka itu melibatkan 10 kes saman fitnah. Nampaknya PAS dan fitnah berpisah tiada. Berani menggelarkan diri sebagai pejuang Islam, tapi kenyataan fitnah 'berbakul-bakul' dikeluarkan oleh parti berkenaan. PAS kerap kali menekankan ideologi parti mereka sebagai organisasi yang memperjuangkan Islam, namun terlibat dalam kes saman fitnah. Tidak pelik apabila parti itu kurang menerima sokongan rakyat kerana ideologi PAS yang berbolak-balik. Adakah prinsip moral dan etika yang dilontarkan oleh PAS hanya retorik kosong semata-m