PAS ‘Kaki Fitnah’ Politik
Mahkamah Rayuan pada 6 September mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakarian untuk membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 kepada Lim Guan Eng berhubung hantaran Facebook yang didakwa memfitnah pemimpin DAP itu.
Itu bukan kali pertama PAS diarahkan membayar ganti rugi berhubung kenyataan mereka terhadap musuh politik.
Sejak 2016 hingga 2022, PAS membayar lebih RM2 juta kerana kalah kes saman fitnah di mahkamah.
Angka itu melibatkan 10 kes saman fitnah. Nampaknya PAS dan fitnah berpisah tiada.
Berani menggelarkan diri sebagai pejuang Islam, tapi kenyataan fitnah 'berbakul-bakul' dikeluarkan oleh parti berkenaan.
PAS kerap kali menekankan ideologi parti mereka sebagai organisasi yang memperjuangkan Islam, namun terlibat dalam kes saman fitnah.
Tidak pelik apabila parti itu kurang menerima sokongan rakyat kerana ideologi PAS yang berbolak-balik.
Adakah prinsip moral dan etika yang dilontarkan oleh PAS hanya retorik kosong semata-mata serta digunakan untuk menarik sokongan rakyat?
PAS juga seolah-olah mendakwa mereka memperjuangkan Islam yang sebenar berbanding parti lain.
Namun, fitnah yang dilakukan oleh PAS sendiri telah menunjukkan bahawa parti itu mempunyai kecenderungan untuk memanipulasi ajaran Islam demi kepentingan politik peribadi.
Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/265529/berita/politik/pas-tak-boleh-keluar-fatwa-wajibkan-sokong-mereka---khairuddin
Baru-baru ini, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin mengeluarkan fatwa yang menyatakan haram untuk mengundi calon Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Pulai.
Nampaknya, Muhyiddin juga sudah 'berjangkit' dengan kenyataan fatwa 'songsang' yang kerap diungkapkan oleh ahli PAS.
Sebelum ini, Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang pernah mengeluarkan kenyataan jemaah haji dan umrah yang tidak mengundi ketika berada di Tanah Suci pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) dibimbangi melakukan dosa besar kerana telah melanggar perintah ALLAH SWT.
Dakwa Abdul Hadi, mengundi merupakan satu daripada kewajipan memenangkan dan mempertahankan Islam.
Apa dalil Abdul Hadi berkata sedemikian? Bukankah kewajipan melakukan ibadat haji dan umrah itu lebih penting?
Rakyat mahu membuat ibadah dan mencari bekalan akhirat pula ditentang oleh Abdul Hadi.
Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/648863
Pada tahun 2019, PAS dikecam hebat susulan pernah mengeluarkan kenyataan bahawa wajib hukumnya bagi parti itu menjatuhkan kerajaan PH.
Ketua Dewan Ulama PAS Pusat, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh mendakwa hukumnya wajib menjatuhkan kerajaan pada masa itu.
Macam itu sahaja meletakkan hukum wajib dan haram. PAS sudah berbincang dengan Majlis Fatwa berkenaan soal hukum itu?
Kalau tidak, mengapa semudah itu meletakkan pelbagai hukum dalam politik?
Semata-mata mahu memperlihatkan diri sebagai pejuang Islam, semua perkara diletakkan segala hukum hakam tanpa persetujuan Majlis Fatwa.
Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/33961/khas/muktamar-pas/ulamak-pas-kata-wajib-jatuhkan-ph
PAS malangnya nampaknya lebih berminat dalam taktik politik jangka pendek seperti mereka lakukan ketika ini berbanding memperjuang nilai Islam sebenar.
Mereka kononnya menganggap diri sebagai pelindung nilai-nilai Islam, tetapi tindakan mereka sering kali bertentangan dengan prinsip-prinsip tersebut.
Realitinya, PAS hanya mementingkan agenda politik mereka berbanding meletakkan dedikasi terhadap prinsip-prinsip agama yang sepatutnya.
PAS telah menyalahgunakan agama Islam, sekali gus mengurangkan kepercayaan rakyat terhadap parti berkenaan.
Jangan salahkan sesiapa jika PAS tiada sokongan, tapi salahkan diri sendiri kerana menyalahgunakan agama Islam.
Comments
Post a Comment