Pengaruh Tersembunyi Annuar Zaini
Dalam kancah politik negara, kebanyakan ahli politik dikenali ramai. Namun, ada segelintir ahli politik yang kurang dikenali oleh rakyat. Salah seorang daripadanya adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini. Meskipun dia memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Negara Perak, namun namanya kurang dikenali oleh rakyat. Malah, pergerakannya dalam dunia politik sering mencetuskan persoalan. Pada pandangan pertama, Annuar Zaini mungkin kelihatan seperti seorang figura yang tidak terlibat secara langsung dengan percaturan politik. Namun, bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik negara dengan rapat, 'kehadiran' Annuar Zaini dalam pelbagai isu kontroversi tidak dapat disangkal. Annuar Zaini sering kali menjadi 'penggerak' atau 'arkitek' kepada isu pergolakan politik di Perak. Annuar Zaini juga bukan sahaja terlibat dalam usaha menggulingkan kerajaan negeri Perak tetapi dituduh memfitnah parti politik dalam berebut kerusi Menteri Besar Perak pada tahun lalu. Tindakan Annuar Zain