Pengaruh Tersembunyi Annuar Zaini


Dalam kancah politik negara, kebanyakan ahli politik dikenali ramai. Namun, ada segelintir ahli politik yang kurang dikenali oleh rakyat.

Salah seorang daripadanya adalah Tan Sri Mohd Annuar Zaini.

Meskipun dia memegang jawatan sebagai Ahli Dewan Negara Perak, namun namanya kurang dikenali oleh rakyat.

Malah, pergerakannya dalam dunia politik sering mencetuskan persoalan.

Pada pandangan pertama, Annuar Zaini mungkin kelihatan seperti seorang figura yang tidak terlibat secara langsung dengan percaturan politik.

Namun, bagi mereka yang mengikuti perkembangan politik negara dengan rapat, 'kehadiran' Annuar Zaini dalam pelbagai isu kontroversi tidak dapat disangkal.

Annuar Zaini sering kali menjadi 'penggerak' atau 'arkitek' kepada isu pergolakan politik di Perak.

Annuar Zaini juga bukan sahaja terlibat dalam usaha menggulingkan kerajaan negeri Perak tetapi dituduh memfitnah parti politik dalam berebut kerusi Menteri Besar Perak pada tahun lalu.

Tindakan Annuar Zaini lebih kepada berniat jahat dan cuba menjatuhkan sesebuah parti politik yang tidak disukai oleh dirinya.

Tanya sahaja orang Perak, krisis politik yang berlaku di Perak pada 2009.

Gara-gara tidak suka dengan pelantikan Menteri Besar Perak pada masa itu, huru-hara politik negeri itu kerana campur tangan Annuar Zaini yang cuba menaikkan calon Menteri Besar pilihannya.

Sewajarnya, Annuar Zaini sebagai penasihat Sultan Perak menjaga nama baik institusi diraja kerana istana merupakan lambang penyatuan rakyat.

Annuar Zaini juga tidak sepatutnya bersikap menyebelahi mana-mana pihak sebagai individu berkepentingan dalam istana.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/123990


Annuar Zaini ini juga menggunakan pengaruh media untuk mengeluarkan pelbagai kenyataan tentang bermacam-macam isu.

Masakan tidak, anaknya sendiri adalah penulis bagi sebuah portal terkenal di negara ini.

Dia akan menggunakan nama anaknya sebagai medium untuk melontarkan pandangannya dalam portal berkenaan.

Salah satu isu adalah Annuar Zaini mendesak Yang Di-Pertuan Agong (YDPA) untuk mempercepatkan pelantikan Perdana Menteri baharu pada 2021.

Siapakah Annuar Zaini untuk mendesak YDPA? Apakah tugas sebenarnya? Adakah dia merupakan penasihat YDPA?

Sewajarnya Annuar Zaini tidak boleh mencampuri apa jua urusan berkaitan pelantikan atau pemecatan Perdana Menteri.

Mungkin disebabkan dia adalah penasihat Sultan Perak, maka Annuar Zaini merasakan berhak untuk campur tangan atau melontarkan komen yang sebenarnya tidak perlu untuk dibangkitkan oleh dirinya.

Sebelum ini, Annuar Zaini mendakwa Yang Dipertuan Agong (YDPA) memerlukan privy council sendiri untuk menentang Peguam Negara.

Annuar Zaini mengatakan Agong perlu mempunyai penasihat undang-undang sendiri untuk menentang Peguam Negara sekiranya berlaku perselisihan faham antara Istana Negara dan badan eksekutif yang diketuai oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Apakah Annuar Zaini tidak membaca Perlembagaan Negara tentang peranan seorang Peguam Negara?

Perkara 145 (2) Perlembagaan Persekutuan menyatakan bahawa tugas Peguam Negara adalah menasihati YDPA, Kabinet dan mana-mana menteri.

YDPA, Perdana Menteri dan Peguam Negara berada di pihak yang sama iaitu badan eksekutif.

Tugas Peguam Negara adalah memberi nasihat undang-undang kepada Perdana Menteri/Kabinet dan Yang di-Pertuan Agong. Nasihat yang diberi mengenai sesuatu isu adalah nasihat undang-undang.

Nasihat yang diberi oleh Peguam Negara kepada Perdana Menteri/Kabinet dan YDPA sudah tentu nasihat yang sama.

Tidak wajar semata-mata mahu mengambil hati Perdana Menteri/Kabinet, Peguam Negara akan memberi nasihat yang berlainan kepada Perdana Menteri/Kabinet dan untuk mengambil hati YDPA, beliau akan memberi nasihat yang berlainan kepada YDPA.

Sumber: https://bebasnews.my/2021/07/20/perlukah-yang-dipertuan-agong-mempunyai-privy-council-untuk-menasihati-baginda-mengenai-isu-undang-undang/


Annuar Zaini tidak popular tetapi dia paling rancak mengatur segala strategi untuk menjatuhkan sesiapa sahaja yang tidak disukai.

Annuar Zaini lebih berbahaya daripada 'seekor harimau yang mencari mangsa ketika kelaparan'.

Justeru, rakyat sepatutnya perlu mengenali dan mengetahui niat jahat manusia bernama Annuar Zaini.

Jangan mudah terpedaya dengan segala kata-kata Annuar Zaini.

Annuar Zaini lebih licik daripada yang kita semua sangka.

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Dalang Krisis Perlembagaan

Daim & Kroni Penyebab Negara Tidak Maju

Mahathir Lebih Zalim