Mahathir Dalang Krisis Perlembagaan
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mencetuskan krisis Perlembagaan pada era 1980-an. Gara-gara tidak berpuas hati dengan mahkamah, Mahathir menggunakan segala taktik licik untuk merombak sistem perundangan negara pada masa itu. Bukan itu sahaja, hakim-hakim juga dipecat dan diganti kerana tidak bersekutu dengan Mahathir. Disebabkan itu, ramai yang hidup pada zaman itu mengenali Mahathir sebagai pemimpin kuku besi. Apa yang dia mahu, semuanya dia dapat tapi menggunakan kuasa diktatornya sebagai Perdana Menteri. Sumber: https://www.nst.com.my/opinion/columnists/2021/01/658124/when-tun-salleh-abas-was-removed-lord-president Antara peristiwa yang menjadi titik tolak kepada dakwaan bahawa Mahathir mencampuri urusan badan kehakiman adalah sewaktu dia menyingkirkan hakim Tun Salleh Abbas pada 1988. Pertikaian atau konflik dalaman dalam UMNO ketika itu menyebabkan kuasa Mahathir sebagai Perdana Menteri tergugat disebabkan mahkamah mengatakan pemilihan parti itu pada 1987 ad