Mahathir Dalang Krisis Perlembagaan


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mencetuskan krisis Perlembagaan pada era 1980-an.

Gara-gara tidak berpuas hati dengan mahkamah, Mahathir menggunakan segala taktik licik untuk merombak sistem perundangan negara pada masa itu.

Bukan itu sahaja, hakim-hakim juga dipecat dan diganti kerana tidak bersekutu dengan Mahathir.

Disebabkan itu, ramai yang hidup pada zaman itu mengenali Mahathir sebagai pemimpin kuku besi.

Apa yang dia mahu, semuanya dia dapat tapi menggunakan kuasa diktatornya sebagai Perdana Menteri.

Sumber: https://www.nst.com.my/opinion/columnists/2021/01/658124/when-tun-salleh-abas-was-removed-lord-president


Antara peristiwa yang menjadi titik tolak kepada dakwaan bahawa Mahathir mencampuri urusan badan kehakiman adalah sewaktu dia menyingkirkan hakim Tun Salleh Abbas pada 1988.

Pertikaian atau konflik dalaman dalam UMNO ketika itu menyebabkan kuasa Mahathir sebagai Perdana Menteri tergugat disebabkan mahkamah mengatakan pemilihan parti itu pada 1987 adalah tidak sah.

Dua lagi kes melibatkan penggantungan dua wartawan Wall Street Journal dan penswastaan UEM turut mencetuskan permusuhan antara dirinya serta badan kehakiman.

Keputusan mahkamah untuk kedua-dua kes yang tidak menyebelahi Mahathir menjadi salah satu sebab dia melakukan pindaan ke atas Perlembagaan Malaysia yang dikenali sebagai Akta Pindaan Perlembagaan 1988.

Pindaan Perlembagaan itu dibuat oleh Mahathir bagi menyekat kuasa badan kehakiman di negara ini.

Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2022/09/pemecatan-tun-salleh-abas-pahit-untuk-dikenang/


Mahathir turut bertindak memburukkan badan kehakiman secara terbuka kepada media sehingga mencetuskan kemarahan golongan hakim ketika itu.

Bertitik tolak dari situ, pihak mahkamah yang diketuai oleh Tun Salleh Abas memohon Yang Di-Pertuan Agong supaya bertitah agar campur tangan kerajaan dalam badan kehakiman dihentikan.

Namun, Mahathir sememangnya licik. Surat yang dihantar oleh Tun Salleh Abas kepada Yang Di-Pertuan Agong dijadikan alat buat Mahathir untuk melaksanakan rombakan terhadap sistem kehakiman negara secara besar-besaran.

Selepas itu, Mahathir pula memohon kepada Yang Di-Pertuan Agong agar Tun Salleh Abas digantikan atas dakwaan faktor kesihatan serta tidak mampu lagi membuat sebarang keputusan mahkamah dengan baik.

Pada 13 Jun 2018, Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (SPK) mencadangkan nama Tan Sri Azahar Mohamad sebagai Ketua Hakim Negara dan Tan Sri Rohana Yusuf (Presiden Mahkamah Rayuan) dan Datuk Abdul Rahman Sebli (Hakim Besar Sabah dan Sarawak).

Namun, Tun Richard Malanjum kemudian dilantik sebagai Ketua Hakim Negara atas cadangan Dr. Mahathir, diikuti Tan Sri Ahmad Maarop (Presiden Mahkamah Rayuan), TanSri Zaharah Ibrahim (Hakim Besar Malaya) dan Tan Sri David Wong Dak Wah (Hakim Besar Sabah dan Sarawak).

Pada 18 Mac 2019, SPK mencadangkan nama Ahmad sebagai Ketua Hakim Negara dan David (Presiden Mahkamah Rayuan), Tun Tengku Maimun Tuan Mat (Hakim Besar Malaya) dan Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim (Hakim Besar Sabah dan Sarawak).

Walau bagaimanapun, atas cadangan Dr. Mahathir, Tengku Maimun dilantik sebagai Ketua Hakim Negara diikuti Rohana (Presiden Mahkamah Rayuan), Abang Iskandar (Hakim Besar Malaya) manakala David dikekalkan sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

Mahathir gagal untuk berunding dengan Ketua Menteri Sabah dan Premier Sarawak sebelum melantik Hakim Besar kedua-dua negeri.

Tindakan Mahathir tersebut jelas bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Sumber: https://www.nst.com.my/news/nation/2022/10/842723/appointment-highest-judicial-offices-july-2018-not-made-according-names


Mahathir seorang yang licik dan mahir dalam permainan kotor politik negara.

Mahathir sanggup memanipulasi pihak lain untuk mencapai matlamat politiknya.

Disebabkan itu, Mahathir sehingga kini tidak diheret ke mahkamah oleh mana-mana pihak.

Jika sebelum ini, Mahathir mampu 'merahsiakan' taktik liciknya, namun dia tidak lagi boleh berbuat demikian.

Zaman teknologi pada ketika ini bila-bila masa sahaja boleh membongkar taktik kotor Mahathir.

Sebab itu, rakyat tidak lagi mempercayai Mahathir. Terlalu banyak pembohongan dan muslihat.

Comments

Popular posts from this blog

Daim & Kroni Penyebab Negara Tidak Maju

Mahathir Lebih Zalim