Kelicikan Mahathir Kayakan Anak-Anak
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak pernah memberikan kontrak kerajaan kepada keluarganya sepanjang memerintah negara ini. Tapi kita faham Mahathir sudah makin tua dan mungkin nyanyuk hingga lupa ingatan tentang perilakunya suatu masa dahulu. Bagaimana anak-anaknya mampu mengaut keuntungan atau kekayaan berbilion ringgit dalam tempoh 2-3 dekad sahaja? Mustahil kesemua anak-anaknya mampu menjadi kaya sebegitu rupa hasil titik peluh sendiri. Malah, tidak mungkin anak-anaknya memiliki beratus syarikat luar dan dalam negara serta memegang pelbagai jawatan penting di Malaysia tanpa bantuan Mahathir. Tak apalah, Mahathir mungkin nyanyuk dan perlu diingatkan kembali perbuatannya sebelum ini. Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2023/07/kayakan-anak-dan-kroni-mana-bukti-tun-m/ Mahathir tentu ingat sewaktu menjadi PM7 pada 2018, dia melantik anaknya, Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah. Betapa hebatnya Mahathir. Portfolio Mukhriz