Kelicikan Mahathir Kayakan Anak-Anak


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak pernah memberikan kontrak kerajaan kepada keluarganya sepanjang memerintah negara ini.

Tapi kita faham Mahathir sudah makin tua dan mungkin nyanyuk hingga lupa ingatan tentang perilakunya suatu masa dahulu.

Bagaimana anak-anaknya mampu mengaut keuntungan atau kekayaan berbilion ringgit dalam tempoh 2-3 dekad sahaja?

Mustahil kesemua anak-anaknya mampu menjadi kaya sebegitu rupa hasil titik peluh sendiri.

Malah, tidak mungkin anak-anaknya memiliki beratus syarikat luar dan dalam negara serta memegang pelbagai jawatan penting di Malaysia tanpa bantuan Mahathir.

Tak apalah, Mahathir mungkin nyanyuk dan perlu diingatkan kembali perbuatannya sebelum ini.

Sumber: https://www.utusan.com.my/nasional/2023/07/kayakan-anak-dan-kroni-mana-bukti-tun-m/


Mahathir tentu ingat sewaktu menjadi PM7 pada 2018, dia melantik anaknya, Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah.

Betapa hebatnya Mahathir. Portfolio Mukhriz tidak cemerlang tapi tetap membiarkan anaknya itu memerintah Kedah.

Sedangkan, ekonomi Kedah berada pada tahap buruk ketika zaman Mukhriz dan pernah ditendang keluar oleh UMNO Kedah.

Senanglah kerja Mahathir memberikan jawatan tertinggi kepada Mukhriz untuk dia menyakau wang negeri berkenaan.

Mukhriz pernah menjual sebidang tanah negeri Kedah seluas 320 hektar kepada sebuah syarikat China.

Hasil jualan bukan berbalik kepada rakyat, sebaliknya masuk poket sendiri.

Apa sahaja boleh dibuat untung, mereka anak beranak akan ambil kesempatan. Licik betul Mahathir.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/letters/509478

https://theunspinners.blogspot.com/2020/05/dua-kali-tumbang-di-kedah-layakkah.html


Mahathir mesti ingat tentang sepucuk surat rasmi daripada Kementerian Kewangan bertarikh 7 Oktober 2003 yang dikeluarkan kepada Opcom Holdings Berhad.

Ketika itu, Mahathir masih lagi memegang jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Mahathir meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri buat kali pertama adalah pada 31 Oktober 2003.

Mahathir sempat untuk memberikan kontrak membekal fiber optik bernilai RM214.2 juta secara rundingan terus oleh Telekom Malaysia kepada Opcom Holdings Berhad.

Mengapa syarikat itu mendapat tender berkenaan secara rundingan terus? Anak-anak Mahathir iaitu Mukhriz dan Mokhzani memiliki kepentingan dalam syarikat berkenaan pada masa itu.

Malah, isteri kepada Mukhriz, Norzieta Zakaria turut memiliki pegangan saham dalam firma tersebut.

Tidak hairan mengapa syarikat itu mendapat keistimewaan berbanding syarikat-syarikat lain dan Mahathir masih mahu menyatakan dia tidak membantu anak-anaknya?



Mahathir mengumumkan bahawa kerajaan tidak akan menyelamatkan syarikat-syarikat yang menghadapi masalah semasa Krisis Kewangan Asia 1997.

Namun, Petroliam Nasional Berhad (Petronas) telah menyelamatkan Konsortium Perkapalan Berhad (KPB), yang pada masa itu menghadapi kesulitan.

Mahathir dan Mirzan ketika itu merupakan pengarah dan pemegang saham majoriti syarikat tersebut.

Pada 6 Mac 1998, Petronas mengumumkan bahawa mereka akan mengambil alih aset penghantaran KPB atas arahan Mahathir.

Mahathir mengarahkan agar satu skim khas dicipta dengan tujuan mengeluarkan dana kira-kira RM2 bilion dari tabung Perbendaharaan untuk membantu KPB.

Sumber: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/expkr-youth-chief-alleges-dr-mahathir-bailed-his-sons-kpb-1998-59960


Mengapa Mahathir mahu menidakkan kebenaran yang terang-terangan dia membantu anak-anaknya sepanjang menjadi PM?

Anak-anaknya semua bergelar hartawan, tiada yang terkecuali. Semuanya kaya-raya sehingga kekayaan mereka dikatakan melebihi KPDNK Malaysia.

Kalau betul Mahathir tidak menolong anak-anaknya, sudah tentu mungkin ada satu atau dua orang yang tidak tersenarai dalam kelompok hartawan.

Mahathir tidak perlu sembang anak-anaknya bekerja keras untuk capai kejayaan mereka.

Untuk bermula dari bawah dan berada pada tahap seperti anak-anak Mahathir, sukar tanpa bantuan 'payung Mahathir'.

Hendak benar-benar kaya seperti anak-anak Mahathir, ada manusia perlu buat 2-3 kerja sehari dan mengorbankan masa tidur berpuluh tahun lamanya.

Tapi anak-anak Mahathir lahir sahaja terus diberikan pelbagai keistimewaan tanpa sebarang kesukaran.

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Dalang Krisis Perlembagaan

Daim & Kroni Penyebab Negara Tidak Maju

Mahathir Lebih Zalim