Mahathir, Daim Petualang Jual Kedaulatan Negara
Kerajaan memberi penegasan bahawa tiada siapa yang boleh terlepas daripada memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kes Pulau Batu Puteh. Nampaknya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh lari ke mana-mana. Dia perlu jawab semua persoalan tentang keputusannya untuk tidak meneruskan permohonan semakan semula Pulau Batu Puteh ketika menjadi Perdana Menteri ketujuh. Selama ini, dia berdolak-dalik dan menyalahkan pihak lain tentang perkara berkenaan. Malah, dia sempat menyerang Yang di-Pertuan Agong (YDPA) kerana melantik Tun Md Raus Sharif sebagai pengerusi RCI berkenaan, atas alasan konflik berkepentingan. SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/697508 Kalau bercakap soal konflik berkepentingan, Mahathir dan sahabatnya, Tun Daim Zainuddin paling banyak melakukan perkara itu. Mahathir lupa siapakah yang melantik Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika menjadi PM7? Mahathir lupa siapakah yang melantik anaknya sendiri, Datuk