Mahathir, Daim Petualang Jual Kedaulatan Negara


Kerajaan memberi penegasan bahawa tiada siapa yang boleh terlepas daripada memberikan keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kes Pulau Batu Puteh.

Nampaknya, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak boleh lari ke mana-mana.

Dia perlu jawab semua persoalan tentang keputusannya untuk tidak meneruskan permohonan semakan semula Pulau Batu Puteh ketika menjadi Perdana Menteri ketujuh.

Selama ini, dia berdolak-dalik dan menyalahkan pihak lain tentang perkara berkenaan.

Malah, dia sempat menyerang Yang di-Pertuan Agong (YDPA) kerana melantik Tun Md Raus Sharif sebagai pengerusi RCI berkenaan, atas alasan konflik berkepentingan.

SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/697508


Kalau bercakap soal konflik berkepentingan, Mahathir dan sahabatnya, Tun Daim Zainuddin paling banyak melakukan perkara itu.

Mahathir lupa siapakah yang melantik Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika menjadi PM7?

Mahathir lupa siapakah yang melantik anaknya sendiri, Datuk Seri Mukhriz sebagai Menteri Besar Kedah sebanyak dua kali ketika dia berkuasa?

Mahathir lupa siapakah yang melantik Daim sebagai Menteri Kewangan dan kekal menjadi orang paling banyak mendapat 'untung atas angin' disebabkan pengaruhnya sebagai Perdana Menteri sebelum ini?

Mengapa tiba-tiba membangkitkan soal konflik berkepentingan terhadap RCI? Mahathir sudah panas punggungkah?

SUMBER: https://malaysiagazette.com/2024/02/21/rci-batu-puteh-dr-mahathir-takut-bayang-bayang-sendiri-puad/


Mahathir memberi alasan demi alasan untuk menyelamatkan diri tetapi kita semua tahu siapakah petualang yang menjual kedaulatan negara.

Banyak tindakannya mencurigakan. Dia menggantung tugas Peguam Negara dan Mahathir tidak membincangkan perkara itu ke Kabinet.

Alih-alih, keluar laporan Malaysia tidak akan meneruskan permohonan berkenaan.

Senang-senang sahaja Mahathir melepaskan kedaulatan Malaysia kepada negara lain. Mahathir dan rakan baiknya, Daim merancang sesuatu di belakang tabir.

Tidak mungkin kedua-dua mereka tidak mendapat sebarang 'pulangan' daripada hasil menjual kedaulatan negara kepada pihak lain.

SUMBER: https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2023/01/27/withdrawal-of-review-on-pulau-batu-puteh-in-2018-improper-says-ag/


Mahathir dan Daim selagi mereka hidup, mana pernah puas dengan harta sedia ada.

Mana 'lubang' yang boleh digali untuk mendapatkan kemewahan, di situlah mereka cari.

Sebab itu, mereka menyerang institusi diraja kerana bimbang tidak dapat menikmati hasil yang 'dituai' selama ini ketika berkuasa.

Sebab itu juga mereka tidak kisah melepaskan aset negara. Mahathir dan Daim tidak peduli nasib negara.

Selagi mereka boleh memenuhkan poket peribadi masing-masing, semua perkara ditolak tepi.

SUMBER: https://www.sinarharian.com.my/article/646765/berita/semasa/daim-didakwa-tidak-isytihar-harta


Dua Tun tidak akan tenang kerana mereka banyak melakukan kesalahan kepada rakyat.

Sebab itu mereka panas punggung sekarang. Seorang Tun sudah diheret ke mahkamah. Tinggal seorang lagi Tun sahaja.

Mereka ingat mereka boleh selamat di dunia dan meninggalkan harta kekayaan kepada anak-anak cucu.

Mungkin dua Tun akan meringkuk di penjara di usia mereka yang terlalu lanjut. Siapa tahu? Melihat keadaan sekarang, kemungkinan itu ada.

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Dalang Krisis Perlembagaan

Daim & Kroni Penyebab Negara Tidak Maju

Mahathir Lebih Zalim