Pemuda PAS 'Terpaling' Perjuang Islam, Sebar Hasutan
PAS makin berani melawan institusi diraja dan menyebarkan hasutan kepada orang ramai untuk membenci institusi diraja. Baru-baru ini, pengarah media Pemuda PAS Selangor, Hezry Yasin menghasut orang ramai untuk membenci Yang di-Pertuan Agong. Dia mengajak orang ramai agar tidak mendoakan kesejahteraan Yang di-Pertuan Agong ketika solat Jumaat. Hezry mendakwa doanya hanyalah untuk pemimpin yang meletakkan agama di kedudukan nombor satu. Maknanya, Hezry melontarkan tuduhan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak bertindak tegas ketika agama Islam di negara ini terancam. Hezry sebagai anggota PAS hanya tahu menunggang agama untuk kepentingan politik peribadinya. Dalam Islam sendiri ada mengatakan bahawa perlu taat kepada para pemimpin. Hanya kerana berada dalam PAS, tidak bermakna Hezry boleh melemparkan tuduhan bahawa orang lain tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam. Apakah ini pewaris anak muda parti yang kononnnya memperjuangkan Islam? Sampai institusi diraja juga dibuat bahan tohmaha