Pemuda PAS 'Terpaling' Perjuang Islam, Sebar Hasutan


PAS makin berani melawan institusi diraja dan menyebarkan hasutan kepada orang ramai untuk membenci institusi diraja.

Baru-baru ini, pengarah media Pemuda PAS Selangor, Hezry Yasin menghasut orang ramai untuk membenci Yang di-Pertuan Agong.

Dia mengajak orang ramai agar tidak mendoakan kesejahteraan Yang di-Pertuan Agong ketika solat Jumaat.

Hezry mendakwa doanya hanyalah untuk pemimpin yang meletakkan agama di kedudukan nombor satu.

Maknanya, Hezry melontarkan tuduhan bahawa Yang di-Pertuan Agong tidak bertindak tegas ketika agama Islam di negara ini terancam.
Hezry sebagai anggota PAS hanya tahu menunggang agama untuk kepentingan politik peribadinya.

Dalam Islam sendiri ada mengatakan bahawa perlu taat kepada para pemimpin.

Hanya kerana berada dalam PAS, tidak bermakna Hezry boleh melemparkan tuduhan bahawa orang lain tidak bersungguh-sungguh memperjuangkan Islam.

Apakah ini pewaris anak muda parti yang kononnnya memperjuangkan Islam? Sampai institusi diraja juga dibuat bahan tohmahan secara umum.

Dia sendiri tidak memperjuangkan Islam dengan sebenar. Kalau betul memperjuangkan Islam, mengapa tengok video lucah Onlyfans?
Apa pula hasil perjuangan Islam Hezry kepada rakyat? Cuba tengok balik isu kesejahteraan rakyat di negeri pemerintahan PAS.

Seminggu sebelum raya, Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) beri jaminan bekalan air akan pulih sebelum sambutan Aidilfitri.

Selepas raya sudah memasuki hari keempat, bekalan air tidak pulih sepenuhnya di negeri itu.

Itukah hasil perjuangan Islam PAS atau Hezry sendiri? Mengabaikan kesejahteraan rakyat tidak wajar berlaku oleh parti yang 'terpaling' memperjuangkan Islam.

Hezry sebagai Pemuda PAS Selangor sepatutnya lebih lantang dan memberi buah fikiran lebih segar dalam parti tetapi sebaliknya berlaku.

Dia lebih sibuk memikirkan mahu membeli kereta BMW baharu berbanding mempedulikan hal rakyat.
PAS sudah lupa Perkara 3, 10 dan 11 di dalam Perlembagaan Persekutuan yang menjelaskan kepentingan agama Islam, kebebasan bersuara serta kebebasan beragama.

Namun, wujud batas-batas yang telah diperjelaskan dalam Perlembagaan Persekutuan.

PAS seolah-olah tidak mengendahkan isu sensitiviti berkaitan agama, bangsa dan institusi raja-raja (3R).

PAS lebih gemar menggunakan modal politik murahan untuk mencetuskan provokasi dalam kalangan rakyat.

Apa motif PAS menghasut rakyat untuk membenci institusi raja-raja? Adakah kerana takut tidak mampu untuk berkuasa lagi menggunakan pintu belakang di bawah pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ketika ini?

Sebab itu, mereka terdesak cuba menjatuhkan Yang di-Pertuan Agong kerana PAS tahu perlu tunggu lima tahun lagi untuk sekali lagi 'ikut pintu belakang'.
Pihak berkuasa perlu ambil tindakan terhadap Hezry yang terang-terangan mencetuskan hasutan kepada orang ramai.

Tak guna Hezry padam hantaran berkenaan kerana sudah tersebar di semua media sosial.

Terlajak perahu boleh berundur, terlajak kata badan binasa.

Hezry perlu dikenakan tindakan yang tegas kerana cuba memfitnah institusi diraja dan menabur kebencian terhadap Yang di-Pertuan Agong.

Tidak semua perkara boleh dijadikan modal politik murahan oleh PAS. Hendak popular tetapi tersalah ambil langkah, terima padahnya.

Comments

Popular posts from this blog

Mahathir Dalang Krisis Perlembagaan

Daim & Kroni Penyebab Negara Tidak Maju

Mahathir Lebih Zalim