Mahathir Lebih Zalim
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terus memberi sindiran kepada kerajaan menerusi ciapan di laman media sosialnya. Mahathir mendakwa kerajaan ketika ini melaksanakan hukuman yang kejam berhubung soal kebebasan bersuara. Mahathir terus menerus lupa tentang isu kebebasan bersuara ini. Dia patut bercakap dengan diri sendiri, tentang betapa kejamnya 'seorang Mahathir' sewaktu menjadi Perdana Menteri apabila rakyat menyuarakan sesuatu perkara. Sebut sahaja segala peristiwa yang berlaku pada zaman Mahathir sehingga pelbagai akta dilaksanakan untuk menyekat kebebasan bersuara rakyat pada masa itu. SUMBER: https://x.com/chedetofficial/status/1795375387792531475?s=48&t=iS4MMNGc-rf971nPsju1Kw Sembang Mahathir tidak boleh dipakai, lebih banyak hipokrit daripada kebenaran. Ketika menjadi Perdana Menteri keempat pada 1981 hingga 2003, berapa ramai musuh politik yang ditumbangkan oleh Mahathir menggunakan kuasanya? Mahathir yang memperkenalkan Akta Keselamatan Dalam Negara