Mahathir Lebih Zalim
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad terus memberi sindiran kepada kerajaan menerusi ciapan di laman media sosialnya.
Mahathir mendakwa kerajaan ketika ini melaksanakan hukuman yang kejam berhubung soal kebebasan bersuara.
Mahathir terus menerus lupa tentang isu kebebasan bersuara ini.
Dia patut bercakap dengan diri sendiri, tentang betapa kejamnya 'seorang Mahathir' sewaktu menjadi Perdana Menteri apabila rakyat menyuarakan sesuatu perkara.
Sebut sahaja segala peristiwa yang berlaku pada zaman Mahathir sehingga pelbagai akta dilaksanakan untuk menyekat kebebasan bersuara rakyat pada masa itu.
SUMBER: https://x.com/chedetofficial/status/1795375387792531475?s=48&t=iS4MMNGc-rf971nPsju1Kw
Sembang Mahathir tidak boleh dipakai, lebih banyak hipokrit daripada kebenaran.
Ketika menjadi Perdana Menteri keempat pada 1981 hingga 2003, berapa ramai musuh politik yang ditumbangkan oleh Mahathir menggunakan kuasanya?
Mahathir yang memperkenalkan Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA).
Sewaktu Ops Lalang dilaksanakan pada 1987, bukankah itu arahan Mahathir?
Gara-gara tidak berpuas hati dengan pihak yang cuba mencabar kepimpinannya dalam UMNO pada masa itu, Mahathir mengarahkan Ops Lalang dilaksanakan.
Lebih 100 orang aktivis, wartawan dan ahli politik ditahan ketika itu, tanpa dibicarakan di mahkamah.
Siapa yang kejam menyekat kebebasan bersuara sebenarnya? Sudah-sudahlah bersikap hipokrit, Mahathir.
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/columns/155852
Susulan Ops Lalang, Mahathir memperkenalkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan untuk menyekat media daripada mengkritik kerajaan.
Setiap media perlu memperbaharui lesen setiap tahun dan jika dibatalkan, pembatalan itu tidak boleh dicabar di mahkamah.
Penerbit berita boleh dipenjara sehingga tiga tahun sekiranya menyebarkan berita palsu.
Akta itu hanya digunakan sebagai alasan Mahathir untuk mengetatkan lagi kebebasan berpolitik serta bersuara.
Siapa yang menyekat kebebasan bersuara selama berpuluh tahun di negara ini? Bukankah Mahathir sendiri?
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/399703
Mahathir tidak habis di situ, dia hanya berpuas hati jika musuh politiknya tumbang satu persatu.
Muncul peristiwa lain selepas Ops Lalang iaitu Krisis Perlembagaan 1988 yang menyaksikan Mahathir menjatuhkan Hakim Negara, Tun Salleh Abbas.
Gara-gara tidak berpuas hati dengan penghakiman Mahkamah Tinggi pada 1980-an, Mahathir yang ketika itu menjadi Perdana Menteri keempat, melakukan pindaan ke atas perlembagaan Malaysia yang dikenali sebagai Akta Pindaan Perlembagaan 1988.
Mahathir berbuat demikian bagi menyekat kuasa badan kehakiman serta menyusun semula kedudukan mahkamah dalam sistem pentadbiran negara.
Pada masa yang sama, Mahathir bersama sekutunya menyerang dan memburukkan hakim mahkamah secara terbuka menerusi media.
Dalam pada itu, pihak mahkamah yang diketuai oleh Tun Salleh Abas memohon Yang Di-Pertuan Agong supaya bertitah agar campur tangan kerajaan dalam badan kehakiman dihentikan.
Namun, Mahathir sememangnya licik. Mahathir memohon kepada Yang Di-Pertuan Agong agar Tun Salleh Abas digantikan atas faktor kesihatan serta tidak mampu lagi membuat sebarang keputusan mahkamah dengan baik.
Sumber: https://iluminasi.com/bm/krisis-perlembagaan-1988-pertembungan-dr-mahathir-melawan-tun-salleh-abas.html
Mahathir terlalu hipokrit sehingga lupa siapa yang lebih zalim dalam menyekat kebebasan bersuara rakyat.
Lagi banyak Mahathir bersuara, lagi banyak pekung Mahathir terbongkar.
Mahathir terlalu kerap bagi 'bola tanggung' kepada pihak lain untuk membidasnya semula.
Dia kena berhenti hipokrit dan banyakkan mendiamkan diri.
Jangan terlalu taksub sangat mengejar kuasa dan memburukkan orang lain, sampai lupa keburukan diri sendiri.
Comments
Post a Comment