Posts

Showing posts from July, 2024

Daim & Kroni Penyebab Negara Tidak Maju

Image
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin diketahui umum terpalit dengan dakwaan gagal mengisytiharkan hartanya. Daim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah. Mac lalu, Hakim Mahkamah Tinggi menolak permohonan Daim dan keluarganya untuk semakan kehakiman selepas memutuskan bahawa mereka gagal membuktikan terdapat unsur mala fide (niat jahat) terhadap pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjalankan siasatan. Daim turut gagal rayuannya untuk mendapatkan kebenaran meneruskan semakan kehakiman bagi mencabar siasatan SPRM berhubung hal ehwal kewangan mereka. Pendek kata, Daim semakin hampir berdepan dengan hukuman kerana tindakannya menyakau duit rakyat selama ini. SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/cabar-siasatan-sprm-mahkamah-rayuan-tolak-permohonan-daim-keluarga-4