Daim & Kroni Penyebab Negara Tidak Maju
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin diketahui umum terpalit dengan dakwaan gagal mengisytiharkan hartanya.
Daim mengaku tidak bersalah atas pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah.
Mac lalu, Hakim Mahkamah Tinggi menolak permohonan Daim dan keluarganya untuk semakan kehakiman selepas memutuskan bahawa mereka gagal membuktikan terdapat unsur mala fide (niat jahat) terhadap pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menjalankan siasatan.
Daim turut gagal rayuannya untuk mendapatkan kebenaran meneruskan semakan kehakiman bagi mencabar siasatan SPRM berhubung hal ehwal kewangan mereka.
Pendek kata, Daim semakin hampir berdepan dengan hukuman kerana tindakannya menyakau duit rakyat selama ini.
SUMBER: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/cabar-siasatan-sprm-mahkamah-rayuan-tolak-permohonan-daim-keluarga-469858
Ramai tahu Daim adalah orang paling kanan kepada bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Daim seorang yang berprofil rendah dan walaupun hartanya banyak, nama dia tidak pernah tersenarai dalam ranking Forbes seperti Robert Kuok serta hartawan-hartawan negara lain.
Kalau mengikut aset yang dimiliki oleh Daim, dia jauh lebih kaya daripada Robert Kuok dan Vincent Tan.
Bagaimana Daim boleh menyembunyikan kekayaannya selama ini?
Adakah disebabkan dia adalah orang paling kanan Mahathir? Atau transaksinya banyak berlaku di bawah meja?
SUMBER: https://www.kosmo.com.my/2024/01/29/daim-didakwa-tidak-isytihar-70-aset-faham-pertuduhan-minta-bicara/
Daim memulakan kerja kotornya selepas dilantik sebagai Menteri Kewangan pada 1984.
Dia dilantik oleh Mahathir selepas memenangi kerusi Parlimen Kuala Muda, Kedah pada 1982.
Daim ini bukan sebarangan menteri. Daim ada kumpulan sokongannya atau kroni sendirinya yang dikenali sebagai 'Daim's Boys'.
Kumpulan itu terdiri daripada individu berpengaruh dalam pelbagai sektor seperti perbankan dan hartanah.
Mereka dikatakan akan mendapat 'habuan' daripada Daim jika menurut apa sahaja yang dimahukan oleh bekas Menteri Kewangan itu.
Apakah habuan itu? Tentunya projek besar kerajaan dan mendapat pangkat tinggi.
Daim juga menggunakan kedudukannya untuk memanipulasi pinjaman bank kepada syarikatnya sendiri dan kroni-kroni.
Sebab itu, kroni-kroninya tidak berdepan sebarang masalah untuk meminjam wang bagi sebarang projek mereka.
SUMBER: https://www.thecoverage.my/4227/how-tun-daim-zainuddin-became-a-multi-billionaire
Daim sangat licik dalam menyakau duit kerajaan bersama-sama isterinya, Naimah Abdul Khalid.
Daim akan mengagihkan wang negara sebagai Menteri Kewangan kepada keluarganya manakala Naimah digelar sebagai taikun besar dalam dunia perniagaan.
Naimah sebelum ini adalah pemegang saham majoriti Syarikat Permodalan Kebangsaan Bhd (SPK).
Daim sebagai Menteri Kewangan akan memberikan kontrak kepada SPK berbilion ringgit selama beberapa tahun.
Daim dan Naimah juga mempunyai orang kanan mereka iaitu Josephine Premla Suvaretnam yang berperanan menjadi pengarah di beberapa buah syarikat milik pasangan suami isteri itu.
Josephine juga menguruskan urusan pelaburan luar negara bagi pihak Daim seperti di Switzerland, Poland, Hungary, Mauritius, Namibia, Mozambique, Myanmar dan Kemboja.
Daim dan Naimah sangat licik dalam menyakau wang negara secara senyap-senyap.
SUMBER: https://www.malaymail.com/news/malaysia/2024/01/23/daims-wife-naimah-charged-with-failure-to-declare-assets-to-macc/113995
Kelicikan Daim akhirnya memakan diri sendiri. Rakyat perlu mendesak institusi kehakiman dan pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan menyeluruh terhadap semua kerja kotor Daim.
Bukan sahaja Daim, malah seluruh ahli keluarganya harus disiasat.
Siasat sekali kroni-kroninya yang selama ini bersembunyi dan hidup dengan duit rakyat tanpa rasa bersalah.
Negara tidak akan maju selagi ada manusia seperti Daim dan kroni-kroninya.
Comments
Post a Comment