Wajah Peguam ‘Orang Suruhan’ Daim
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin seperti diketahui umum berdepan pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah. Daim didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan. Daim sehingga kini masih dibicarakan dan ramai tidak tahu siapa peguam di belakangnya. Daim memiliki hubungan kuat dengan beberapa peguam yang pernah menyertai politik dan kini terbabit di belakang tabir untuk membelanya di mahkamah. Antara peguam yang mempunyai kaitan dengan kes Daim adalah N. Surendran. Surendran merupakan bekas Ahli Parlimen Padang Serai ketika Pilihan Raya Umum ke-13. Dia kemudiannya meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas mendakwa kecewa dengan parti berkenaan. Selai