Wajah Peguam ‘Orang Suruhan’ Daim
Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin seperti diketahui umum berdepan pertuduhan gagal mematuhi notis dengan tidak mengisytiharkan harta termasuk beberapa kenderaan mewah, syarikat dan hartanah di sekitar Kuala Lumpur, Selangor, Pahang, Negeri Sembilan, Perak dan Kedah.
Daim didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda maksimum RM100,000, jika sabit kesalahan.
Daim sehingga kini masih dibicarakan dan ramai tidak tahu siapa peguam di belakangnya.
Daim memiliki hubungan kuat dengan beberapa peguam yang pernah menyertai politik dan kini terbabit di belakang tabir untuk membelanya di mahkamah. Antara peguam yang mempunyai kaitan dengan kes Daim adalah N. Surendran.
Surendran merupakan bekas Ahli Parlimen Padang Serai ketika Pilihan Raya Umum ke-13.
Dia kemudiannya meletakkan jawatan sebagai Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) selepas mendakwa kecewa dengan parti berkenaan.
Selain itu, Latheefa Koya turut dikaitkan menjadi peguam Daim dalam kes terbaharunya itu.
Latheefa Koya pernah dilantik menjadi Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sewaktu rakan baik Daim iaitu Mahathir memegang kuasa sebagai Perdana Menteri ketujuh. Siapa sebenarnya kedua-dua individu yang membela Daim ini?
Surendran dan Latheefa Koya sebenarnya pernah bekerja dengan firma guaman milik Daim.
Kedua-dua mereka adalah bekas peguam di firma Tetuan Daim & Gamany.
Firma tersebut terbabit dalam penyelesaian skandal tanah peneroka di Ijok, Selangor pada 2018.
Kerajaan Selangor pada ketika itu di bawah pentadbiran, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali meletak syarat supaya syarikat guaman Tetuan Daim & Gamany wajib dilantik dalam penyelesaian tanah peneroka berkenaan.
Justeru, berlaku konflik kepentingan apabila syarikat guaman Daim dilantik dalam penyelesaian tersebut yang dianggarkan bernilai RM1.18 bilion adalah kroni Daim serta Mahathir.
SUMBER: https://www.facebook.com/story.php/?story_fbid=1627823037309343&id=100064440621856 Daim menggunakan pengaruhnya sebagai rakan Mahathir untuk meminta Latheefa Koya dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM tanpa melalui jawatankuasa Parlimen.
Malah, pelantikan itu juga seolah-olah dibuat secara tergesa-gesa memandangkan kontrak Ketua Pesuruhjaya SPRM sebelumnya iaitu, Dato' Seri Shukri Abdul belum tamat lagi.
Mahathir mendakwa Shukri sendiri mahu meletakkan jawatan namun sebaliknya dia ingin menyelamatkan kroninya dengan melantik Latheefa Koya sebagai Ketua Pesuruhjaya.
Semestinya, Latheefa Koya tidak akan mendakwa Daim serta konco-konconya dalam apa jua pertuduhan kerana mempunyai hubungan yang sangat baik dengan bekas Menteri Kewangan itu.
SUMBER: https://ktemoc.blogspot.com/2019/06/is-latheefa-koya-mahathirs-instrument.html
Kedua-dua individu berkenaan turut didakwa mempunyai hubungan sulit antara satu sama lain.
Perkara itu hanya diketahui oleh orang dalaman politik parti PKR.
Namun, satu fakta yang jelas, kedua-dua mereka adalah orang 'penting' Daim dalam membela kes terbaharunya.
Meskipun wajah mereka jarang dilihat di sebelah Daim ketika kes perbicaraannya, namun di belakang tabir, Surendran dan Latheefa cuba membantu bekas Menteri Kewangan itu melepaskan dirinya.
Comments
Post a Comment