Posts

Showing posts from May, 2025

Mahathir Musuh Kestabilan Negara

Image
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini melontarkan kenyataan kontroversi yang bersifat dangkal. Dia mahu memansuhkan hukuman terhadap individu yang menyentuh isu 3R (kaum, agama dan institusi diraja) sekiranya kembali memegang jawatan Perdana Menteri. Mahathir mendakwa langkah itu merupakan perkara pertama yang akan dilaksanakannya sekiranya diberi peluang untuk memimpin negara sekali lagi. Dia mendakwa suara-suara yang mengkritik pentadbirannya tidak sepatutnya disenyapkan. Namun Mahathir sendiri sebenarnya memang tidak suka dengan institusi diraja dan sering mengeluarkan kenyataan yang bersifat perkauman. SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/743643 Mahathir sendiri yang menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu pada zaman pemerintahannya. Mahathir pernah meminda Perlembagaan supaya undang-undang boleh digubal tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong. Selain itu, kuasa mengisytihar darurat juga dipindahkan daripada YDPA kepada Perdana Menteri. Dia juga pernah mela...