Mahathir Musuh Kestabilan Negara
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad baru-baru ini melontarkan kenyataan kontroversi yang bersifat dangkal.
Dia mahu memansuhkan hukuman terhadap individu yang menyentuh isu 3R (kaum, agama dan institusi diraja) sekiranya kembali memegang jawatan Perdana Menteri.
Mahathir mendakwa langkah itu merupakan perkara pertama yang akan dilaksanakannya sekiranya diberi peluang untuk memimpin negara sekali lagi.
Dia mendakwa suara-suara yang mengkritik pentadbirannya tidak sepatutnya disenyapkan.
Namun Mahathir sendiri sebenarnya memang tidak suka dengan institusi diraja dan sering mengeluarkan kenyataan yang bersifat perkauman.
SUMBER: https://www.malaysiakini.com/news/743643
Mahathir sendiri yang menghapuskan kuasa Raja-Raja Melayu pada zaman pemerintahannya.
Mahathir pernah meminda Perlembagaan supaya undang-undang boleh digubal tanpa persetujuan Yang di-Pertuan Agong.
Selain itu, kuasa mengisytihar darurat juga dipindahkan daripada YDPA kepada Perdana Menteri.
Dia juga pernah melaksanakan peruntukan undang-undang yang membolehkan Raja-Raja Melayu termasuklah YDPA boleh diheret dan dibicarakan di mahkamah khas.
Jangan dilupakan zaman pemerintahan Mahathir pernah diselubungi isu ratifikasi ICERD dan Statut Rom yang berpotensi melemahkan Raja-Raja Melayu di negara ini.
SUMBER: https://malaysiagazette.com/2020/06/22/kembalikan-semula-kuasa-raja-raja-melayu-vigneswaran/
Mahathir juga pernah mendakwa Raja-Raja Melayu menjual negeri-negeri kepada penjajah suatu ketika dahulu.
Mengapa Mahathir begitu berdendam dan sakit hati dengan institusi diraja negara ini?
Adakah kerana Mahathir tidak dilahirkan dalam kalangan keturunan Raja-Raja Melayu atau bangsawan?
Sepatutnya Mahathir bersyukur kerana masih mempunyai anak-anak yang bertaraf hartawan.
Malah, anak-anaknya lebih kaya daripada Raja-Raja Melayu dan kerabat diraja di negara ini.
Tidak cukupkah dengan kekayaan itu sehingga sanggup memusuhi institusi diraja?
SUMBER: https://m.malaysiakini.com/news/667687
Terlalu banyak kenyataan berbentuk perkauman yang dikeluarkan oleh Mahathir sehingga kini.
Antara kenyataan berkenaan adalah apabila Mahathir mendakwa kaum India di negara ini tidak setia.
Mahathir mendakwa masyarakat India negara ini masih tidak sepenuhnya setia kepada Malaysia kerana masih terikat dengan negara asal mereka.
Mahathir juga mendakwa tradisi masyarakat Cina di negara ini yang menggunakan chopstick ketika makan, telah menyukarkan usaha untuk komuniti berkenaan berasimilasi di Malaysia.
Kenyataan itu bagaimanapun disangkal oleh pemimpin kaum Cina di negara ini dan penggunaan chopstick tidak mengurangkan rasa cinta masyarakat itu terhadap Malaysia.
SUMBER: https://www.channelnewsasia.com/asia/mahathir-chopsticks-chinese-malaysians-hands-lim-guan-eng-simplistic-offensive-2376401
https://www.sinarharian.com.my/article/644317/berita/nasional/anggap-masyarakat-india-cina-tidak-setia-gobind-selar-tun-m
Mahathir jelas sekali bukan pemimpin yang tepat untuk mengemudi Malaysia.
Tindakannya yang memusuhi institusi diraja dan mengeluarkan kenyataan berbentuk perkauman hanya akan menyebabkan negara menjadi kacau bilau.
Malaysia perlukan pemimpin yang mampu menjadi jambatan kepada institusi diraja serta menstabilkan keharmonian kaum di negara ini.
Mahathir tidak patut dilantik sebagai Perdana Menteri sekali lagi.
Bukan sekadar usianya yang sudah lanjut, namun gaya pemerintahannya juga sudah tidak relevan dan berbahaya kepada kestabilan negara.
Comments
Post a Comment