Naimah Cuba Main Naratif Konspirasi
Isteri kepada Allahyarham Tun Daim, Toh Puan Na’imah Abdul Khalid baru-baru ini merancang untuk memfailkan permohonan mendapatkan perintah 'gag order' (larangan bersuara) terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Permohonan itu dibuat agar Anwar dilarang daripada membuat kenyataan lanjut mengenai keluarga beliau atau kes berkaitan. Mahkamah Sesyen telah menolak permohonan lisan Naimah dan mengarahkannya untuk memfailkan permohonan rasmi jika mahu meneruskan usaha itu. Namun, bukankah Naimah sendiri muncul dalam sebuah podcast pada November 2025? Ironinya, Naimah yang bercerita panjang lebar tentang hubungan antara arwah suaminya dan Anwar, dakwaan fitnah dan tuduhan semuanya adalah kerana konspirasi politik. Kalau benar semuanya gara-gara konspirasi politik, mengapa Naimah terpalit dengan pelbagai kes di mahkamah? Antara kesnya adalah dia culas membayar cukai pendapatan berjumlah RM313.82 juta. Dia mendakwa cukai Taksiran Tambahan bagi Tahun Taksiran 201...